About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Tuesday, November 30, 2010

kewajipan sebagai seorang isteri

rasulullah s.a.w bersabda :
"tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada allah, untuk mengizinkan seorang masuk ke rumah suaminya, padahal suaminya benci dan tidak dihalalkan seorang isteri keluar rumah sedangkan suaminya tidak senang."                                                                                                                   (HR. Hakim)

berdasarkan hadis diatas, dapat juga ditambah disini bahawa kewajipan seorang isteri itu ialah :
  • sentiasa memelihara diri, kebersihan badan dan kecantikan wajah serta kebersihan rumahtangga. namun kebanyakannya, para isteri kurang menitik beratkan perkara ini dan sedikit sebanyak mengakibatkan suami mencari isteri yang baru. jika dilihat pada hari ini, amat sedikit para isteri yang memerhatikan hal ini kerana beranggapan ia hanyalah perkara remeh dan  para suami itu sendiri tidak bersuara untuk menegur kelakuan isterinya kerana takut menyinggung perasaan isteri. menurut ajaran islam, isteri hendaklah sentiasa menjaga kecantikan, kebersihan dihadapan suaminya kerana dia adalah milik suaminya yang mutlak. tidaklah patut seorang isteri hanya berhias dan kelihatan cantik dihadapan orang lain. ali bin abi talib berkata : sesungguhnya jihad seorang wanita itu ialah taat kepada suaminya."
  • tidak boleh berbuat sesuatu tanpa pengetahuan suami seperti meminjam wang dari orang lain baik untuk keperluan rumahtangga atau sebagainya.
  • jika suami memanggilnya hendaklah segera datang, janganlah tunjukkan sikap bosan atau acuh tak acuh kepada suami.
  • sambut kepulangan suami ke rumah dengan senyuman dan layanan yang mesra kerana mampu menghilangkan tekanan kerja dan kepenatan yang dirasai oleh suami.
  • sentiasa makan bersama kecuali semasa suami terlambat pulang dari biasa. siapkan segala- galanya sekiranya suami ingin makan, jangan biarkan suami melayani dirinya sendiri.
  • sentiasa berbincang dengan suami jika terdapat sebarang masalah yang melanda rumahtangga. elakkan berkongsi masalah dengan orang lain terutamanya lelaki yang bukan muhrim kerana ditakuti hati dan perasaan cenderung kepadanya bukan kepada suami lagi.
  • jangan meminta sesuatu diluar kemampuan suami.
  • kejutkan suami jika tertidur sebelum mengerjakan solat atau jika suami lupa akan janjinya, ingatkanlah dia dengan cara yang baik. jangan menuntut sesuatu janji sedangkan suami masih belum bersedia pada ketika itu.
  • pangkat, harta dan apa saja kebaikan suami jangan ceritakan kepada orang lain apatah lagi keburukannya. perkara ini akan membuatkan para isteri secara tidak langsung cuba membanding- bandingkan suami dengan orang lain. perbuatan membanding - banding ini juga sebenarnya salah bagi seorang isteri.
  • jangan terlalu boros dan janganlah terlalu kedekut untuk membelanjakan harta suami. cukuplah hanya bersederhana saja.
  • berilah makanan yang terbaik buat suami,elak menyembunyikan makanan yang enak dari suami.
  • sentiasa solat berjemaah dengan suami.
  • bersedekah dengan izin suami terlebih dahulu.
  • sesuaikan masakan dengan selera suami dan arif dengan apa yang disukai oleh suami.
  • sentiasa membantu suami menegakkan kebenaran.
  • menganggap keluarga suami sebagai keluarga sendiri.
  • berpuasa sunat dengan izin suami kerana dikhuatiri suami ingin tidur bersama di siang hari.
  • jangan sesekali melanggar wasiat atau pesanan suami selagi tidak melanggar hukum.
seorang isteri hendaklah selalu menjaga hak suaminya, sama ada semasa di rumah mahupun di luar rumah. sentiasalah berusaha agar suami sentiasa bahagia dan gembira semasa berada bersama kita. jangan sekali mengkhianati suami atau hartanya. apabila mendapat izin keluar, hendaklah seorang isteri itu berjalan dengan sembunyi- sembunyi, berpakaian sederhana, tidak menunjukkan tubuhnya dan hindarilah dari berbual dengan lelaki yang bukan mahram semasa berada di luar rumah untuk mengelakkan sebarang fitnah. apabila seorang teman suami meminta izin untuk masuk ke rumah semasa ketiadaan suami, janganlah beri keizinan dan elakkan dari berbual- bual dengannya. hendaklah para isteri meletakkan perasaan cemburu pada diri sendiri supaya mengetahui akan kecemburuan suami jika melayan seseorang yang bukan mahram.

jauhi dosa- dosa besar

rasulullah s.a.w bersabda :
"jauhkanlah olehmu 7 kejahatan yang membinasakan. para sahabat bertanya," apakah kejahatan itu ya rasulullah?" rasulullah bersabda," mempersekutukan allah, mengamalkan sihir, menghilangkan nyawa seseorang yang diharamkan allah, kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, melarikan diri pada waktu dalam peperangan dan menuduh berzina perempuan yang suci dan terpelihara."
                                                                                                       (HR. bukhari dan muslim)

dalam hadis yang lain pula diterangkan :
" mahukah saya khabarkan kepadamu tentang dosa yang paling besar diantara dosa besar? iaitu mempersekutukan allah, derhaka kepada ibu bapa dan perkataan jahat atau keji."
                                                                                                       (HR. bukhari dan muslim)
berdasarkan 2 hadis diatas, dalam kitab al- kabir ad- dzahabi disebutkan bahawa diantara dosa- dosa besar itu ialah :
  • mempersekutukan allah
  • menghilangkan nyawa orang mukmin dengan sengaja
  • mengamalkan sihir
  • meninggalkan solat
  • tidak mengeluarkan zakat
  • sengaja berbuka puasa di bulan ramadhan tanpa uzur
  • tidak menunaikan haji sedangkan berkemampuan
  • derhaka kepada ibu bapa
  • memutuskan silaturrahim
  • melakukan homoseksual
  • makan riba
  • makan harta anak yatim secara zalim
  • berdusta terhadap allah dan rasulNYA
  • melarikan diri dari peperangan melawan orang- orang kafir sedangkan kekuatan umat islam pada kali itu seimbang dengan kekuatan musuh
  • pemimpin yang menganiaya rakyat
  • takbur, bermegah- megah, sombong dan ujub
  • menjadi saksi palsu
  • minum minuman yang memabukkan
  • menuduh orang lain berzina
  • khianat
  • mencuri atau merompak
  • sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain
  • menganiaya sesama manusia tanpa hak
  • mencari atau makan barang yang haram
  • membunuh diri
  • berbohong dan berdusta
  • memberi dan menerima rasuah
  • tidak menghukum dengan hukuman yang benar
  • perempuan yang menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya
  • tidak menjaga kehormatan diri dan keluarga
  • berzina
  • riya'
  • menuntut ilmu semata- mata kerana dunia dan menyembunyikan ilmu
  • tidak percaya kepada takdir
  • suka mengadu- ngadu, membawa fitnah untuk merosakkan hubungan orang lain
  • membenarkan tukang sihir
  • derhaka kepada suami
  • menampar- nampar pipi, mengoyak kain dan sebagainya ketika dilanda musibah
  • berlaku kasar terhadap fakir miskin
  • menyakiti jiran tetangga
  • menyembelih bukan atas nama allah
  • mengurangi timbangan
  • tidak takut azab pada hari akhirat serta tidak mengharapkan keampunan allah
  • meninggalkan solat berjemaah tanpa keuzuran

Wednesday, November 17, 2010

siti rahmah yang taat kepada suami

siti rahmah merupakan salah seorang isteri nabi ayub a.s. beliau seorang isteri yang setia dan sanggup bersama  suaminya walaupun menjalani hidup yang amat perit. nabi ayub menghadapi ujian yang amat getir sebelum diangkat menjadi nabi. harta benda, ternakan dan tanamannya hancur musnah. anak- anak serta kaum keluarga mati dihempap istana kerana angkara syaitan. akibat tidak tahan dengan ujian, dua daripada isteri nabi ayub meninggalkannya kecuali siti rahmah. siti rahmah pernah mengendong suaminya bersembunyi di sebuah gua kerana dihalau oleh orang- orang kampung. pada masa itu, nabi ayub menghidap penyakit kulit dan gatal- gatal.
                       ketika keluar dari dalam gua untuk mendapatkan makanan, siti rahmah diejek dan dihina. bukan itu sahaja, siti rahmah terpaksa memotong rambutnya yang panjang untuk ditukarkan dengan makanan. apabila sudah tiada apa- apa, beliau mencari pucuk- pucuk kayu yang boleh dimakan dan menyuapkannya ke mulut nabi ayub.
                      begitulah setianya siti rahmah yang rela berhadapan dengan penderitaan dan kata- kata nista manusia demi taat dan kasihnya pada suami. siti rahmah tetap sabar, tenang dan redha dengan segala kemungkinan sehinggalah allah menyembuhkan penyakit nabi ayub.

Monday, November 15, 2010

kisah wanita merisik calon suami

mawiyah binti afzar, merupakan wanita berketurunan bangsawan dan rupawan. pada suatu hari, mawiyah didatangi oleh 3 orang lelaki hartawan yang ingin melamarnya sebagai isteri. semua lelaki itu kelihatan hebat- hebat belaka. namun disebabkan kebijaksanaan mawiyah, dia tidak terus menerima lamaran itu melainkan menyelidik terlebih dahulu latar belakang mereka. mawiyah mengatur strategi menyamar menjadi seorang pengemis tua yang hodoh.
                    mawiyah datang ke rumah lelaki yang pertama daripada suku nabit dan meminta sedekah kerana terlalu lapar. lelaki itu memandangnya dengan jijik lalu menyerahkan tulang- tulang unta kepada mawiyah. kemudian, mawiyah mendatangi rumah lelaki yang kedua daripada suku nabighah. mawiyah diberikan saki- baki ekor unta yang ada. seterusnya, mawiyah mendatangi rumah lelaki yang ketiga bernama hatim. apabila melihat pengemis itu, hatim segera memberikan daging unta yang terbaik.
                  selepas menerima ketiga- tiga buah tangan tersebut, mawiyah memanggil ketiga- tiga lelaki itu ke rumahnya. mawiyah meminta ketiga- tiga lelaki tersebut mencipta syair untuk diperdengarkan kepadanya. lelaki pertama membaca puisinya yang tidak mempunyai apa- apa maksud. kandungan puisi lelaki kedua pula asyik memuji diri sendiri. hatim pula menghasilkan puisi yang melambangkan akhlak dan kata- kata nasihat.
                  selesai fasa ujian tersebut, mawiyah mengarahkan khadamnya menghidangkan sup yang berbeza hasil daripada penyamarannya sebagai pengemis. lelaki pertama mendapat sup tulang unta, sup ekor untuk lelaki kedua dan hatim disajikan sup daging unta. betapa malunya mereka, barulah mereka sedar rupanya pengemis tua itu adalah mawiyah. diantara ketiga- tiga lelaki itu, hatim adalah yang paling beruntung kerana terpilih lantaran layanan akhlaknya yang baik tanpa memilih bangsa dan keturunan.

Thursday, November 11, 2010

kelebihan surah al ikhlas

berkata ibnu abbas r.a bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda : ketika aku israk ke langit, aku telah melihat arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. pada tiap- tiap sendi itu terdapat 12,000 padang sahara dan luasnya padang sahara itu adalah seluas dari timur ke barat. pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang kesemuanya membaca surah al- ikhlas. setelah membaca surah al- ikhlas, mereka berkata: wahai tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah al- ikhlas baik lelaki mahupun perempuan. sabda rasulullah s.a.w : demi allah yang jiwaku ditanganNYA, sesungguhnya qul huwallahu ahad itu tertulis di sayap malaikat jibrail a.s, allahus somad tertulis di sayap malaikat mikail a.s, lamyalid walam yulad tertulis pada sayap malaikat izrail a.s, walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat israfil a.s

KETIKA MEMULAKAN KERJA
bacalah ayat ini sebelum memulakan apa- apa kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis yang berada didalam tubuh dan juga sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

SEBELUM MASUK RUMAH
bacalah surah ini sebanyak 3x sebelum masuk ke dalam rumah. masuklah ke dalam rumah dengan kaki kanan dan membaca bismillah. berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. amalkanlah bersolat kerana salam pertama yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.

KETIKA SAKIT
sabda rasulullah s.a.w : barangsiapa membaca surah al- ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal, maka dia tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

KHATAM AL-QURAN
rasulullah s.a.w pernah bertanya: siapakah antara kamu yang dapat khatam quran dalam jangka masa dua, tiga minit? tiada seorang dari sahabat yang menjawab. malah saidina umar telah mengatakan bahawa ia adalah mustahil untuk khatam quran dengan begitu cepat. kemudian saidina ali mengangkat tangan. saidina umar bersuara bahawa saidina ali yang masih kecil pada waktu itu tidak tahu apa yang dikatakannya. lantas saidina ali membaca surah al- ikhlas sebanyak 3x. rasulullah s.a.w menjawab dengan  mengatakan bahawa saidina ali adalah betul. membaca surah al- ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk quran lalu dengan membaca surah al- ikhlas sebanyak 3x bersamaan dengan membaca 30 juzuk quran.

Wednesday, November 10, 2010

calon suami ideal

jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat berikut sebagai pendampingmu dan pemimpinmu menuju syurga dunia mahupun akhirat. namun jika anda adalah seorang lelaki, pupuklah sifat- sifat ini didalam diri :

  • kuat amalan agama. menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. sentiasa menjaga aurat dan memakai pakaian yang sopan. sifat ini boleh dilihat semasa bersukan.
  • berakhlak baik iaitu seorang yang kelihatan tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. pertuturan yang sopan melambangkan hati dan peribadinya.
  • tegas mempertahankan maruah. tidak berkunjung ke tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • tidak boros tetapi tidak kedekut. tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu- lalang ketika sedang bercakap contohnya.
  • pergaulan terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dirinya mampu berbuat sedemikian.
  • mempunyai rakan pergaulan yang baik.
  • bertanggungjawab dalam hubungan dengan keluarga dan orang sekelilingnya.
  • wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja mahupun dalam kecemasan.

Monday, November 8, 2010

jangan kahwini wanita ini

dari imam al- ghazali, " jangan engkau kahwini wanita yang enam ini iaitu wanita yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."
  • wanita ananah : banyak mengeluh & mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau berpura- pura sakit.
  • wanita mananah : suka membangkit - bangkit terhadap suaminya iaitu sering mengatakan, "aku membuat ini keranamu.."
  • wanita hananah : menyatakan kasih sayang kepada suami yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • wanita hadaqah : melemparkan pandanga pada sesuatu lalu menyatakan keinginan untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • wanita baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya sahaja, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
  • wanita syadaqah : banyak cakap tidak menetu dan bising.

Monday, November 1, 2010

dari tulang rusuk adam

rasulullah s.a.w bersabda :
"sesungguhnya wanita itu tercipta dari tulang rusuk yang tidak bisa engkau luruskan berdasarkan 1 cara. jika engkau ingin menikmatinya, maka engkau bisa menikmatinya dengan tetap ada kebengkokan pada dirinya. jika engkau berusaha meluruskannya dengan keras, maka engkau akan mematahkannya. mematahkannya bererti menceraikannya."

                               ramai yang menyalahtafsir kejadian kaum hawa dari tulang rusuk adam yang bengkok. anggapan yang membawa penghinaan dan merendahkan martabat wanita. sedangkan, penciptaan kaum hawa dari tulang rusuk yang bengkok itu adalah 1 keindahan ciptaan allah s.w.t seperti dalam firman allah s.w.t ," inilah ciptaan allah s.w.t maka perlihatkanlah kepadaku apa yang diciptakan selain daripada allah s.w.t"
                               penciptaan wanita dari tulang rusuk membawa pelbagai kelebihan untuk melaksanakan fungsi pemeliharaan, perhatian, cinta dan kasih sayang. diantara fungsi tulang rusuk adalah melindungi anggota tubuh dari sesuatu yang membawa bahaya sama seperti kaum wanita yang dikurniakan sifat kasih sayang dan kelembutan. perhatian dan tertumpahnya kasih sayang wanita itu hanyalah untuk anak- anak dan suaminya.
                                diantara makna al- iwaj (bengkok) adalah belas kasihan. sifat wanita itu sendiri sentiasa menggunakan perasan belas kasih dalam menghadapi karenah anak- anak, suami dan sesiapa sahaja kerana wanita mempunyai perasaan yang lebih kuat berbanding kaum adam. selain itu, al- iwaj membawa erti minat atau kecenderungan iaitu wanita lebih cenderung kepada sesuatu dengan berdasarkan perasaannya. ia akan menjadikan hati kaum lelaki cenderung kepadanya. seluruh sifat baik itu merupakan gabungan yang tidak boleh dipisahkan dari karakter dan sifat seorang wanita tetapi syaitan selalu memanfaatkan dan menyesatkan kaum wanita melalui perasaan itu sendiri. kemudian, muncullah sifat- sifat mazmumah yang tercermin dari akhlak dan perilakunya.
                                 kaum lelaki seharusnya mampu memahami wanita yang akan menjadi pendamping sepanjang hidupnya itu tidak akan pernah lurus. oleh sebab itu, dalam proses mendidik seorang wanita itu memerlukan kesenian dan kelembutan agar tulang rusuk yang bengkok itu tidak patah seperti seorang tukang emas yang memperbaiki emasnya dengan sebaik- baiknya supaya emas itu tidak lebur dan patah. usaha untuk membentuk wanita itu sendiri tidak seharusnya penuh dengan kekasaran dan kekerasan kerana melalui kekerasan ditakuti kelembutan sifat kewanitaan itu akan bertukar menjadi sebaliknya iaitu bersikap melawan dan kasar. namun begitu, membiarkan kebengkokan seorang wanita itu juga tidak wajar. dalam erti kata lain, kaum lelaki seharusnya banyakkan bersabar dalam menghadapi ketidaklurusan akhlak, kelemahan akal dan kekurangan serta memaafkan kaum wanita dengan hati yang terbuka.ketidaklurusan seorang isteri itu mungkin membawa kebaikan buat suami selaku ketua rumahtangga kerana kekurangan ini boleh menjadi faktor ketaatan wanita kepada suaminya dan anak- anaknya.