About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Monday, August 16, 2010

siapa dia yang mencintaimu..?

ramai diantara kita kurang peka tentang siapa sebenarnya yang terbaik untuk kita kerana adakalanya kita dikaburi kebendaan dan rupa paras semata. mari kita lihat siapakah yang sebenarnya mencintai kita dengan sepenuh hati dan bukannya nafsu semata :


 1. si dia yang memujimu kerana kecantikanmu menutupi aurat, bukannya memujimu kerana kecantikanmu menampakkan aurat.
2. si dia sentiasa mengingatkanmu ke arah kebaikan, seandainya engkau leka dia akan pantas menyedarkanmu.
3. si dia yang tidak pernah jemu mendengar segala macam masalahmu bahkan kegembiraanmu menjadi kegembiraannya juga.
4. si dia yang dalam diam memandangmu tanpa kau sedari kerana perasaan malunya yang sentiasa menghalangnya memandangmu secara terus.
5. si dia yang tidak akan menyentuhmu kerana dia amat menghormatimu sebagai wanita yang disayanginya.
6. si dia yang marah apabila dirimu menjadi perhatian bukan kerana kebaikanmu tetapi auratmu.
7. si dia yang tidak jemu menjadi semangatmu tatkala dirimu hilang pendirian.

Sunday, August 15, 2010

cara- cara melupakan cinta lalu

di sini saya ingin berkongsi beberapa cara yang mungkin boleh membantu saudara/i di luar sana untuk melupakan kisah cinta yang lalu. memang benar perasaan cinta itu sememangnya sukar untuk dihapuskan apabila kisah cinta yang perjalanannya indah tiba- tiba terputus begitu sahaja.

1. buang segala perkara yang boleh menghubungkan anda dengan dirinya - delete nombor telefon, ym, facebook atau apa saja yang boleh membuatkan anda menghubunginya. INGAT..kaum lelaki akan merasa bangga jika wanita menghubunginya kembali.jadi jangan biarkan ia terjadi kepada anda!

2. buang segala barang atau hadiah yang mengingatkan anda kepadanya - jangan simpan sebarang pemberian si dia atau kamu boleh kembalikan kepadanya semula. tunjukkan kamu boleh hidup tanpa dirinya dan bersedia mengharungi hidup baru tanpa dirinya.

3. buat aktiviti yang anda gemari - lakukan sesuatu yang anda gemari seperti shopping atau keluar bersama rakan- rakan. jangan biarkan masa anda senggang begitu sahaja kerana ia akan membuatkan anda sentiasa mengingatinya.

4. lakukan pembaharuan kepada diri anda - buatlah sesuatu yang membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan bergaya. ia akan membina lebih keyakinan kepada anda untuk teruskan kehidupan. ubah cara penampilan mahupun potongan rambut. mungkin ada yang akan menemui cinta baru.

5. sibukkan diri anda dengan kerja - tumpukan sepenuh perhatian anda kepada kerja. lakukan setiap kerja dengan penuh tanggungjawab dan kalau boleh sentiasalah kerja lebih masa. apabila anda kembali ke rumah dengan keadaan yang letih, anda akan bersedia untuk merehatkan diri dan minda anda tanpa memikirkan kisah2 lalu.

6. ingat semua keburukan si dia - mengingati semua keburukan berkaitan dirinya boleh menimbulkan perasaan benci terhadapnya. jangan biarkan sebarang kebaikan mengaburi mata anda kerana ia akan membuatkan anda terus- menerus rasa kerugian kerana kehilangannya. jika tiada sebarang keburukan, anda boleh mencipta keburukannya.

7. tingkatkan keegoan - anda seharusnya merancang satu pertemuan buat kali terakhir dengannya. pada waktu itu, anda jangan tunjukkan betapa anda menyayanginya tetapi tingkatkan rasa ego anda. katakan padanya anda tidak menyesal meninggalkannya kerana dia tidak akan menemui pasangan lebih baik seperti anda lagi. dia pasti terkedu!

8. sentiasa menerima kawan - kawan baru - untuk mengubati hati yang lara, anda seharusnya lebih terbuka untuk mengenali lebih ramai kawan yang baru. namun jangan cepat menaruh cinta. jadikan kenangan lalu sebagai pedoman anda. kenalilah lebih ramai kawan, mungkin kamu akan mengenali cinta yang baru dan terbaik untukmu.

9. popularkan dirimu - jika dahulu anda seorang yang pendiam dikalangan rakan sejawat, cuba anda ubah sikap tersebut. ringan- ringan mulut menegur rakan- rakan dengan ramah dan jangan lupa senyuman yang ikhlas. perbaiki cara komunikasi anda agar lebih ramai yang suka berkawan dengan anda kelak.

10. sentiasalah mendekatkan diri dengan yang MAHA ESA - setiap kali anda rasa sedih dan kecewa, perbanyakkan doa dan amalan baik yang mampu mendekatkan anda kepadaNYA kerana semua masalah adalah dariNYA dan hanya DIA yang mampu merungkainya. sentiasalah membaca al quran sebagai pengubat hati yang lara.