About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Wednesday, October 27, 2010

tips untuk mendapat jodoh

kali ini aku ingin berkongsi sedikit tips yang aku rasa lebih dekat dengan hati kita iaitu tips untuk mendapat jodoh. nak dikatakan aku pakar dalam bab ni, aku rasa amatlah jauh sekali tapi tips ini aku terbaca dari blog seorang hamba allah. aku sedikit teruja membaca tips yang dia berikan kerana rata- rata adalah perkara seharian yang biasa kita lakukan namun kita dan aku sendiri tidak mengetahui fadhilat disebalik rutin tersebut. jadi marilah kita sama- sama membacanya, khas buat sahabat diluar sana yang masih sendiri seperti aku :
  • membaca surah yassin setiap malam - sesiapa yang membaca surah yassin akan mendapat 10 keberkatan. antara keberkatan itu adalah sesiapa yang belum menemui jodoh akan dipertemukan jodoh. oleh itu, bacalah surah yassin setiap malam dan berdoa agar allah mempercepatkan jodoh dan menemui jodoh yang diredhai allah.
  • membaca surah al-fatihah berulang kali - dengan membaca surah al- fatihah berulang kali dan berniat untuk mendapatkan jodoh juga mampu mempercepatkan jodoh.
  • solat hajat 3 hari berturut - turut - lakukan amalan ini dengan penuh khusyuk dan pengharapan hanya pada allah sahaja. adukan apa saja yang membelenggu diri, insyaallah allah akan permudahkan.
  • berdoa untuk mendapatkan jodoh disetiap solat 5 waktu
  • bangun untuk melakukan solat tahajjud dengan mulakan solat taubat kemudian solat tahajjud.




selamat menemui jodoh yang diredhai allah swt..insyaallah


Tuesday, October 26, 2010

wasiat seorang ibu

ketika auf bin muhallim asy-syaibany hendak menikahkan puterinya, maka isterinya telah masuk ke bilik puterinya untuk memberi wasiat lalu berkata," wahai puteriku, sesungguhnya wasiat yang akan aku berikan ini hanyalah untuk memberi pertolongan bagi yang berfikir. wahai puteriku, ketahuilah bahawa sesungguhnya kaum wanita diciptakan untuk kaum lelaki sebagaimana kaum lelaki diciptakan untuk kaum wanita." wasiat yang diberikan itu adalah seperti berikut :

  • bergaul dengan qana'ah (rasa puas) dan mendengar dengan patuh setiap arahan suami kerana sifat qanaah akan menimbulkan ketenangan dalam hati sementara mendengar dengan patuh akan mendatangkan keredhaan allah.
  • perhatikan daerah hidung dan mata suami iaitu jangan sampai mata suami melihat keburukan melainkan yang baik- baik sahaja dan jangan sampai hidung suami mencium sesuatu yang kurang enak darimu melainkan yang wangi- wangi sahaja.
  • perhatikan makan dan tidur suami kerana sesungguhnya perasaan lapar akan menimbulkan api kemarahan suami, begitu juga dengan kesulitan untuk tidur.
  • mengatur perbelanjaan dan menjaga harta suami.
  • jangan sesekali membuka rahsia dan membantah perintah suami kerana jika engkau membuka rahsia suami, maka engkau tidak akan bahagia dengan pengkhianatannya kelak. jika engkau membantah perintah suami akan membangkitkan kemarahan dan persengketaan sahaja.
  • ketahuilah engkau tidak akan mencapai apa yang engkau inginkan dari suamimu sehingga engkau mendapat redhanya kepadamu, terhadap apa yang engkau sukai atau tidak engkau sukai.
dari ummu salamah, sabda rasulullah s.a.w " seorang wanita yang meninggal, kemudian suaminya redha kepadanya, wanita itu akan masuk syurga."

dari anas bin malik, sabda rasulullah s.a.w " jika seorang wanita melaksanakan solat 5waktu, berpuasa selama sebulan, taat kepada suaminya dan menjaga kemaluannya, wanita itu akan masuk syurga."

nasihat seorang ayah buat puteri- puterinya

dari abu ubaidah, ia berkata : seorang ayah telah menikahkan 4 orang puterinya, maka ia pun mengunjungi puterinya yang pertama lalu bertanya "bagaimana pendapatmu tentang suamimu wahai puteriku?" anaknya menjawab," mudah di bumi yang kering, jika aku meminta dia mudah memberi, jika aku diam dia mulakan bicara tanpa menyakitiku" maka si ayah berkata," wahai puteriku, engkau telah mendapat rezekinya dari nasib baikmu bukan dari usahamu."
                               kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke2 lalu bertanya," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab," dia seorang penindas dan keras kepala,  jauh dari kebaikan juga tidak memiliki cahaya sehingga tidak merasa aman jiran tetangga kerananya" si ayah berkata," dia telah menumpahkan air kotor ke atasmu, maka jadikanlah sabar sebagai tabiatmu hingga kematian menjemputmu."
                                kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke3 lalu berkata," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab,"dia seorang yang terburu- buru dan kejahatannya sukar difahami. dia baik tatkala aku berharta, menjauh disaat susah." si ayah berkata," wahai puteriku, engkau memujinya dan menghinanya dan begitulah kehidupan adakala senang dan adakala susah."
                                kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke-4 lalu berkata," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab," dia berakhlak mulia dan dihormati oleh sesiapa saja yang mengenalinya." si ayah berkata," wahai puteriku, engkau telah diberi rezeki dengan apa yang dia perbuat, maka berikanlah kasih sayangmu, dan lemah lembutlah padanya dalam sikapmu."



jika kita menginginkan suami yang soleh, seharusnya kita berusaha mempersiapkan diri ke arah itu tapi jika takdir bukan lelaki soleh yang kita temui, bersabarlah kerana pasti ada kebaikannya disebalik kejahatannya


Monday, October 25, 2010

jodoh

serikandiku
lindunglah keindahanmu
jangan dipanah ganasnya duniawi
usah dibiar punah sebelum mekar
takut berjatuhan dedaun syurgawi

perwiraku
tundukkan pandangan kirimu
jangan dibaja serakah syaitan
tuntunlah bunga warisan ke jalan kasihNYA
martabatkan maruah adindamu
setinggi ibunda yang melahirkan

serikandi..perwiraku..
andai waktu itu tiba
syaitan durjana menangis mengongol
pintu mawaddah wa rahmah luas buat kalian
tatkala perwiraku berkata aku terima nikahnya
berbahagialah wahai serikandiku sayang


setiap insan di dunia ini telah ditentukan jodohnya di luh mahfuz. namun semua itu adalah rahsia Allah yang perlu kita selami dengan akal fikiran selain memohon petunjuk dariNYA. oleh itu, sebagai manusia yang berakal janganlah kita sesali setiap ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. pasti ada hikmah disebaliknya. bagi mereka yang sentiasa kecundang dengan cinta, janganlah terlalu berputus harapan kerana pasti suatu hari nanti Allah akan tunjukkan jodoh kita yang sebenar. disini saya ingin berkongsi tentang jenis- jenis jodoh untuk tatapan kita semua :

  1. jodoh kerana syaitan - sepasang kekasih yang menghalalkan yang haram sehingga berlakunya perkahwinan kerana keterlanjuran itu. perkahwinan inilah yang dinamakan jodoh kerana syaitan namun perkahwinan yang berlandaskan nafsu semata hanyalah kekal buat sementara waktu kerana api nafsu itu tidak pernah puas melainkan kita bertaubat kepadaNYA.
  2. jodoh kerana jin - apabila seseorang menggunakan khidmat bomoh melalui kuasa jin untuk menakluki seseorang yang diingininya. perkahwinan yang terjadi ini dinamakan jodoh kerana jin. perlu diingati jodoh ini juga tidak akan kekal lama sekiranya mangsa sedar dari pengaruh ilmu hitam yang digunakan. malah penggunaan ilmu hitam ini juga adalah terpesong dari ajaran agama yang sebenar sehingga boleh menyebabkan syirik.
  3. jodoh kerana Allah - dua orang individu yang bertemu dan melangsungkan perkahwinan semata kerana Allah iaitu ingin menghalalkan yang haram dengan nama sebuah pernikahan. adakalanya jodoh ini tidak mengutamakan percintaan sebelum perkahwinan kerana masa percintaan itu adalah di alam perkahwinan, dimana tiada apa pun yang mengharamkan mereka untuk berkasih sayang..insyaallah


Wednesday, October 20, 2010

kisah dua potong roti


dari abu hamzah ats-tsamaly dan ikrimah, bahawa seorang raja berkata kepada seluruh rakyatnya "sesungguhnya jika aku menemukan seseorang bersedekah dengan suatu sedekah,aku akan memotong kedua tangannya." lalu datang seorang pengemis kepada seorang wanita, pengemis itu berkata "bersedekahlah engkau kepadaku dengan sesuatu". wanita itu menjawab," bagaimana aku mungkin memberimu sedekah sementara raja akan memotong kedua tanganku." pengemis itu pula berkata," bersedekahlah engkau kerana Allah." maka wanita itu bersedekah kepadanya dengan 2 potong roti lalu kejadian itu sampai kepengetahuan raja sehingga menyebabkan raja mengirimkan utusannya untuk memotong tangan wanita itu.
                         kemudian raja berkata pada ibunya, " tunjukilah aku seorang wanita yang cantik untuk aku nikahi." ibunya berkata," sesungguhnya di sini ada wanita cantik yang tidak pernah aku lihat sebelumnya seandainya ia tidak memiliki aib." raja itu bertanya," apakah aibnya?" ibunya menjawab," kedua belah tangannya terpotong." raja berkata," datangkanlah ia kepadaku." lalu ibu raja itu membawa wanita tersebut kepadanya. raja amat mengagumi wanita itu lalu menikahinya.
                         pada suatu hari, raja pergi untuk berperang. dalam peperangan itu ia menulis surat kepada ibunya agar menjaga isterinya dan menasihatinya untuk berbuat baik. namun surat itu belum sempat sampai kepada ibunya, seorang wanita yang lain telah membacanya dan menimbulkan rasa iri hati lalu mengubah surat tersebut yang berbunyi, "perhatikanlah isteriku kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa begitu ramai lelaki mendatanginya dan keluarkanlah ia dari rumah." ibu raja itu membalas surat tersebut, " sesungguhnya engkau telah berdusta dan sesungguhnya wanita ini adalah wanita yang baik dan jujur." maka utusan raja itu membawa surat tersebut kepada raja seperti biasa namun telah melewati wanita yang mengubah surat tersebut lalu sekali lagi mereka mengubah surat itu dengan menulis, " sesungguhnya wanita itu adalah penzina, ia telah melahirkan seorang anak lelaki."
                          setelah raja menerima surat yang telah diubah isinya itu lalu menulis surat kepada ibunya untuk mengikat anaknya itu pada leher isterinya dan pukullah ia pada bahagian tepi tubuhnya dan keluarkanlah ia dari rumah. apabila surat itu sampai, ibunya telah membaca surat itu di hadapan isteri raja itu lalu menghalaunya keluar dari rumah. bayinya itu diikat pada lehernya dan ia pun pergi lalu wanita itu melewati sungai dan berlutut untuk minum kerana terlalu dahaga. sementara bayinya yang terikat pada lehernya termasuk ke dalam sungai dan tenggelam.
                            wanita itu menangis di tepi sungai dan didatangi dua orang lelaki. dia memberitahu bahawa anaknya terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam sedangkan kedua belah tangannya tiada lalu kedua orang lelaki itu berdoa mohon agar tangan wanita itu dikembalikan. apabila Allah memakbulkan doa kedua orang lelaki itu, mereka bertanya kepada wanita itu jika dia mengenali mereka. wanita itu langsung tidak mengenali mereka lalu mereka berkata bahawa mereka adalah dua potong roti yang dia sedekahkan kepada pengemis dahulu..wallahuallam~~


Tuesday, October 19, 2010

hukum mengucapkan salam dari dan kepada wanita

apabila wanita telah keluar dari rumah, tidak boleh baginya mengucapkan dan menjawab salam dari golongan lelaki yang tidak dikenalinya. dia hanya boleh menjawab dari dalam hati salam yang diberikan untuk mengelak sebarang fitnah dan perasaan yang tidak elok muncul dari dalam hati lelaki yang tidak dikenali itu. namun berbeza keadaannya jika kita (wanita ) berada di tempat kerja contohnya. tidak haram bagi kita mengucapkan salam mahupun menjawab salam yang diberikan  oleh teman- teman sejabatan dari kaum lelaki kerana kita saling mengenali antara satu sama lain dan tidak menimbulkan fitnah.
                           dari 'atha al khurasany ia memarfu' kan hadis ini kepada rasulullah s.a.w, baginda bersabda : " tidak ada salam dari kaum wanita dan tidak ada salam kepada kaum wanita", diriwayatkan oleh as- suyuthi dalam al jami'ush shagir.
                           dan telah diriwayatkan dari ahmad bin hambal : bahawa terdapat seorang hamba allah yang taat ibadah lalu seorang wanita bersin dengan mengucapkan al hamdulillah, kemudian lelaki itu membalas dengan dengan ucapan 'yarhamkillahu' maka imam ahmad berkata,"orang taat yang bodoh."
                           berdasarkan peristiwa lampau yang diriwayatkan seperti diatas dapat dilihat bagaimana perhubungan antara lelaki dan wanita itu begitu dijaga sehinggakan sekadar mengucapkan yarhamkillahu untuk wanita yang bersin saja, lelaki yang kuat ibadah itu telah dianggap orang taat yang bodoh. jika dihalusi pada zaman dahulu, sekiranya seorang yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah semasa tiada golongan lelaki di rumahnya ketika itu, wanita itu hanya meletakkan tangannya pada mulut lalu berbicara agar ucapannya tidak menimbulkan fitnah. lihatlah betapa tertibnya dan terjaganya wanita pada zaman itu berbanding wanita kita pada hari ini. mungkin agak kasar jika saya katakan, wanita pada zaman ini walaupun likup bertudung namun batasan suara adakalanya diluar kawalan, begitu bebas bergelak tawa, tidak seperti zaman para nabi dimana begitu sukar sekali kita melihat wajah para wanita bahkan suaranya sekalipun..wallahuallam~

rasaku...

beberapa minit saja lagi waktu balik. di luar hujan, maknanya batallah latihan petang ni. bagus juga, aku seperti takde mood petang ni..entahlah! mungkin aku rasa tak berapa sihat agaknya..dari semalam pening kepala, sakit kepala dan ditambah pula hari ini dengan perut yang tak berapa nak ok. nasiblah kerja tak berapa nak ada hari ini. dahlah lupakan saja tentang semua tu. apa yang pasti balik nanti, aku nak rehat tapi tak pasti kalau aku boleh lena..sedihnya! ini lagi satu penyakit aku tak suka..susah nak tidur! tapi sejak kemarin hingga ke hari ini, masaku sedikit terisi dengan buku- buku ilmiah yang aku pinjam dari library. aku baru saja membaca buku 110 hukum- hukum wanita dari ibnul jauzy. ya allah, ceteknya ilmu yang aku ada bahkan mungkin tiada. aku dah lama sangat tak membaca buku- buku imiah ni, malah novel- novel cinta yang suatu masa dahulu aku sukai semakin susut dari kegemaranku. kenapa ya? adakalanya jika aku bosan dengan jalan cerita yang berjela- jela, aku hanya akan membaca permulaan dan pengakhiran cerita..bosankan?! itulah sebenarnya aku pada hari ini. penuh dengan kebosanan! tidak hairanlah adakalanya kawan- kawan mengatakan aku tidak berperasaan, kelihatan selamba, cool saja walau dalam apa jua keadaan namun sebenarnya meraka tidak mengetahui apa yang sedang berselirat difikiranku. macam- macam permasalahan yang sedang bercambah dalam mindaku. soal diriku, keluargaku, duit dan masa depanku! aduhhh beginilah agaknya fasa dewasa yang penuh dengan pelbagai macam kisah suka duka. adakalanya aku seakan tidak ingin menyedari betapa aku telah jauh meninggalkan fasa remaja yang penuh warna- warni dunia remaja. apa- apa pun, aku berharap apa yang aku hadapi masa kini akan membawa sinar kebahagiaan buatku. semuanya demi keluargaku walaupun suatu masa nanti segala pengorbanan kecilku ini tiada siapa yang menghargainya. biarlah asalkan semuanya bahagia, ya aku ibarat pelita dalam gelap yang membakar diri.

Monday, October 18, 2010

tatacara mandi wajib

dari aisyah r.a bahawa asma r.a bertanya kepada nabi s.a.w tentang mandi haid. maka baginda bersabda : "hendaklah seorang wanita diantara kalian mengambil air dan pohon bidara* kemudian ia membersihkan tubuhnya dengan sebaik-baiknya dengan pohon bidara itu, lalu mengguyurkan air pada seluruh tubuhnya, lalu ia mengambil kapas atau kain yang dicampur wangian untuk menghilangkan bekas darah itu hingga bersih"
                        dan asma bertanya lagi mengenai mandi junub, maka baginda bersabda : " ambillah olehmu air, kemudian engkau membersihkan tubuhmu dengan sebaik- baiknya dan bersihkanlah tubuhmu dengan sempurna, kemudian tuangkanlah air diatas kepalamu dengan memicit kulit hingga ke seluruh kepalamu."

perkara asas untuk mandi wajib adalah :
  • membasuh kemaluan dengan bersih
  • niat untuk mandi wajib
  • membaca bismillah
  • membasuh seluruh tubuhnya (mandi)
jika hendak melakukan mandi wajib dengan lebih sempurna lagi, maka hendaklah ia ( cara mandi yang dilakukan wanita yang haid atau nifas) :
  • niat untuk mandi wajib
  • membaca bismillah
  • membasuh kedua belah tangan sebanyak 3kali
  • membersihkan kotoran yang ada pada tubuh
  • mengambil wudhu'
  • mengambil air untuk disiramkan ke kepala hingga mengalir pada tempat tumbuhnya rambut sebanyak 3kali
  • memicit seluruh tubuh dengan jari
bagi wanita yang memiliki rambut yang panjang yang disanggul hingga menjadi tebal dan mencegah mengalirnya air ke kulit kepala, maka ikatan itu harus dilepaskan, dan begitu juga jika terdapat benda- benda yang menghalang aliran air ke kulit wajib ia menghilangkannya. namun jika sanggul rambut itu adalah nipis dan tidak menghalang aliran air tidak perlulah membuka ikatan itu. wanita haid yang mengalami junub,sunnat baginya hukum mandi wajib.

hal- hal yang menyebabkan mandi wajib adalah :
  • keluar air mani yang disertakan rasa nikmat dan disebabkan mimpi, sedangkan jika keluarnya mani itu kerana sakit tidak wajib baginya mandi wajib
  • bersetubuh
  • orang kafir yang masuk islam
  • kematian
  • habis masa haid
  • habis masa nifas
  • setelah melahirkan anak
*bahagian dari pohon bidara ini boleh digunakan sebagai pembersih seperti sabun yang digunakan pada hari ini.

haid & istihadhah

apakah itu haid?
  • haid adalah darah yang keluar dari kemaluan seorang wanita seawal usia 9 tahun. jangka masa haid adalah sekurang- kurangnya sehari semalam sehingga 15 hari lamanya, ada juga berpendapat bahawa paling lama adalah 17 hari. wanita yang didatangi haid diharamkan melakukan solat, puasa, membaca dan menyentuh al-quran, berada di dalam masjid, thawaf di kaabah dan tidak boleh disetubuhi oleh suaminya.
apakah beza antara haid dan istihadhah (darah penyakit)?
  • apabila seorang wanita yang berumur dalam lingkungan dibawah usia 9 tahun dan lebih dari usia 50 tahun mengeluarkan darah dari kemaluannya itu adalah darah isthihadhah. bagi membezakan antara darah haid dan istihadhah adalah dengan melihat pada hari- hari datangnya haid tetapi mengalami perubahan dan seharusnya dilihat dari rupa keadaan darah itu sendiri. darah haid adalah berwarna merah kehitam- hitaman, sementara istihadhah adalah darah yang berwarna merah.
  • seorang wanita yang didatangi haid diwajibkan baginya mandi wajib setelah darah haid telah kering. manakala wanita yang musthahadah disunnatkan baginya untuk mandi setiap kali ingin solat dan tidak diwajibkan mandi wajib keatasnya kerana isthihadhah.
bilakah waktu yang sesuai untuk solat setelah habis waktu haid?
  • jika darah haid berhenti sebelum matahari terbenam, wajib bagi wanita itu menjama' solat zohor dan asar. jika darah haid berhenti sebelum terbit fajar, maka wajib jama' solat maghrib dan isya'. waktu akhir dari suatu solat boleh dijadikan waktu pertama dalam keadaan uzur untuk melaksanakan solat jama'. sekiranya seorang wanita haid pada waktu pertama dari suatu solat, maka wajib baginya melaksanakan solat itu, maknanya wanita itu wajib qada' solat itu jika dia telah suci.

tayamum

perkara wajib yang dilakukan dalam tayamum adalah:
  • membaca bismillah
  • berniat
  • mengusap wajah
  • mengusap tangan hingga siku
  • dilakukan secara tertib dan berturutan tanpa diselangi dengan berhenti
cara bertayamum adalah :
  • menepukkan kedua belah tangan dengan membuka celah- celah jari ke tanah dengan satu kali pukulan, kemudian usapkan ke wajah
  • menepukkan tangan sekali lagi kemudian usap kedua tangan hingga ke siku
          tayamum hanyalah dilakukan dengan menggunakan tanah suci yang debu- debunya dapat melekat ditelapak tangan. jika seseorang itu sedang junub dan tidak mempunyai air ketika itu, wajib baginya berniat tayamum sebagai pengganti mandi junub.

          tayamum untuk solat wajib hanya boleh dilakukan jika sudah masuk waktu solat sahaja. jika air yang digunakan tidak cukup untuk berwudhuk, hendaklah ia berwudhuk dengan air itu secukupnya dan lakukan tayamum untuk anggota yang tidak terkena air. jika sebahagian anggota tubuh mempunyai luka hendaklah dibasuh bahagian yang tidak mempunyai luka sementara bertayamum untuk bahagian yang luka.jika pada luka tersebut terdapat najis yang akan membahayakan diri jika dihilangkan, maka hendaklah bertayammum dan melaksanakan solat. begitu juga jika penggunaan air menyebabkan penyakit lambat sembuh maka bolehlah melakukan tayamum kemudian solat.

          hal- hal yang membatalkan tayamum adalah :
  • semua hal yang membatalkan wudhuk
  • mengangkat tayamum belum waktu solat
  • adanya air
  • hilangnya halangan yang menyebabkan ia melakukan tayamum

Sunday, October 17, 2010

isteri solehah

para isteri seharusnya berazam untuk menjadi isteri yang solehah kerana ganjaran di sisi Allah swt kelak. dalam hal ini, para isteri perlulah memahami peranannya sebagai isteri dan ibu kepada anak- anak untuk membahagiakan suami. antara perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi isteri solehah ialah :
  1. memahami carta ketaatan rumahtangga - ketaatan bagi seorang suami bermula dari Allah, rasulullah dan ibu bapa. manakala bagi isteri adalah bermula dari Allah, rasulullah, suami dan ibu bapa. maknanya, isteri hendaklah mendahulukan suami kemudian ibu bapa dalam hal ketaatan yang makruf. "kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oelh kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka, sebab itu maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). wanita- wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari- cari jalan untuk menyusahkannya. sesungguhnya Allah maha tinggi lagi Maha besar" (an- nisa': 34)
  2. memahami hak suami ke atas isteri - pensyariatan mahar kepada isteri antara lain memperlihatkan pemberian suami ke atas isteri sebagai penghargaan kepada isteri kerana sudi dan rela menyerahkan dirinya untuk berkhidmat dan berbakti kepada suami. oleh itu, para isteri wajib memahami kehendak suami dan berbakti kepadanya agar rumahtangga beroleh bahagia sepanjang masa. "apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa (ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja engkau sukai" (riwayat ahmad)
  3. memahami tanggungjawab suami -tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. nafkah yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan suami. oleh itu, isteri seharusnya memahami batas- batas dalam meminta nafkah supaya tidak meminta diluar kemampuan suami yang boleh mencetuskan konflik rumahtangga. dalam hal ini, isteri solehah perlu redha dengan segala pemberian suami dan tidak membandingkan dengan orang lain. berdoalah agar suami dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati.
  4. memahami peranan sebagai ibu - didikan isteri yang mampu membentuk anak- anak menjadi soleh dan solehah akan menggembirakan hati suami. kegembiraan suami itu akan menyebabkan isteri beroleh redha suami dan Allah yang seterusnya beroleh ganjaran syurga Allah..wallahuallam~~

coretan semalam

tepat pukul 7.00 pagi aku dah punch card. terkejar- kejar tadi nak masuk office. takut kena hujan, tengok langit hitam semacam aje pagi ni. dah lah aku bawa banyak beg. ini latihan bola jaring punya pasallah. nasib baik badan dah tak berapa sakit. hari sabtu baru- baru ni, aku pergi jogging kat area shang ri la hotel. best sangat..dah lah tempat lawa, banyak pokok pula tu. kalau jogging hari- hari kan best tapi jauh sangatlah tempat tu dari rumah. kemudahan bas pun takde, takkan nak jalan kaki masuk kot. apa- apa pun terima kasih ina kerana kesudian anda pada hari sabtu lepas! budak rumah aku terkejut juga aku dah keluar pagi- pagi buta. biasalah aku paling susah sekali keluar rumah berbanding mereka. bila aku cakap aku takde boyfriend yang boleh bawa aku keluar dating, semua tak percaya..aduhh! memang pun aku takde teman selepas ditinggalkan. entahlah adakala aku terfikir, kenapa rakan- rakan yang lain begitu mudah mendapatkan beberapa orang pasangan dalam satu masa? sedangkan aku nak dapat seorang pun payah. bukan payah nak dapat tapi payah nak bertahan hingga ke akhir hayat. biarlah lelaki semuanya susah nak ditafsir tingkah laku dan bicara mereka.
                              hari sabtu itu juga, aku mendapat berita bekas boyfriend ku terlantar sakit di wad. sesak nafas katanya. aku doakan semoga dia cepat sembuh. walaupun apa yang terjadi sebelum ini amat mengecewakan aku tapi aku semakin boleh menerima perpisahan ini. namun yang pasti aku tidak menzahirkan kemaafan yang aku berikan. cukuplah hatiku yang mengatakannya. tak baik berdendam lama- lama, tiada gunanya. hati sendiri yang merana seperti peristiwa lepas. boyfriendku yang pertama dahulu yang aku berkasih hingga 3 tahun lamanya sedang menanti bahagia. dia akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan disember ni. doaku moga dia bahagia! tapi mustahil bagiku bertandang ke majlisnya walaupun keluarganya menganggapku seperti anak mereka sendiri.
                             begitulah sebahagian kisah hidupku yang lampau. walaupun dipandangan orang ianya hanyalah adat kehidupan namun bagiku setiap kegagalan yang aku lalui amat menyakitkan kerana disebalik kegagalan itu ada usaha dan harapan yang aku semadikan. namun selepas ini, tiada lagi harapan aku semaikan. biarlah ia berkubur..mungkin lebih baik buatku!

Friday, October 15, 2010

cara tidurkan bayi

  1. mandikan bayi sebelum menidurkannya
  2. mengurut lembut seluruh tubuh bayi
  3. melakukan aktiviti tanpa menimbulkan suasana bising seperti membaca buku, memeluk bayi dan membelainya
  4. hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin
  5. gelapkan bilik dan pastikan bilik senyap dan selesa
  6. pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi terlena agar bayi tidur dengan sendiri
  7. memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu untuk bayi tidur

mengurut badan bayi dengan minyak aromaterapi lavender boleh menenangkan bayi

belaian yang lembut amat penting untuk tumbesaran bayi

Thursday, October 14, 2010

hubungan antara lelaki dan wanita

  1. menjaga pandangan kedua- dua pihak - tidak gatal jeling- menjeling, tidak memandang aurat, tidak memandang dengan syahwat dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.
  2. mengenakan pakaian menurut syariat - seorang wanita hendaklah sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat yang telah ditetapkan syariat dan sopan. pakaian itu hanya menampakkan dua tapak tangan dan wajah sahaja. selain itu tidak jarang dan menampakkan bentuk tubuh.
  3. berakhlak mulia seperti yang dituntut terutama ketika bermuamalat dengan lelaki -menjaga tutur kata, menjauhi suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan. menjaga cara jalan agar tidak terdedah perhiasan serta tidak berjalan dengan cara menggoda.
  4. bau- bauan atau wangian- jauhi wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik. jauhi warna yang terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukan ketika perjumpaan dengan lelaki.
  5. jumlah perjumpaan - jangan pernah membiarkan perjumpaan seorang wanita dan lelaki secara berdua- duaan tanpa mahram  di sisi mereka.
(sumber : i luv islam - hubungan lelaki dan wanita menurut dr yusuf al qardhawi)


remaja jutawan internet

~~ashley qualls~~
pemilik website whateverlife.com yang mempunyai pendapatan melebihi $1juta. kini pendapatan bulanannya adalah melebihi $70k sebulan. remaja ini telah berhenti sekolah dan membeli sebuah rumah hasil daripada pendapatan onlinenya sahaja. pada tahun 2004, ashley hanya memulakan bisnesnya dengan domain $8.00 dan komputernya. siapa sangka disebabkan minat berkongsi layout dengan rakan- rakan internet, dia berjaya menjadi remaja yang mampu menjana pendapatan bulanan melebihi $70k sebulan.

*adakalanya kita tidak menyedari melalui minat juga kita mampu menjadi apa yang tidak pernah kita jangkakan. jangan terlalu memandang sesuatu dengan berlandaskan wang ringgit semata tapi lakukanlah dengan minat yang mendalam*

Wednesday, October 13, 2010

bicara cinta


bila kita bercakap tentang cinta, bermacam- macam pendapat yang timbul. ada yang mengatakan cinta itu indah tapi keindahan itu boleh mengundang bahaya jika terlalu masyuk dengan keindahannya. ada juga yang mengatakan cinta hanyalah penderitaan berpanjangan. namun itu semua terpulang pada individu untuk mentafsirkannya. walaupun ada yang kecewa dan menderita kerana cinta, sebenarnya kuasa cinta itu membolehkan seseorang itu panjang usia. ini kerana keindahan yang ada didalam cinta itu mampu membuatkan kegembiraan dan semangat yang berkobar- kobar untuk meneruskan hayat kehidupan. secara logiknya, kegembiraan yang dilalui itu mampu membuatkan kita sentiasa bersedia mengharungi apa jua dalam kehidupan. jika soal cinta disentuh, kita akan terfikir mengenai kuasa wanita dalam cinta. sejarah banyak membuktikan betapa berkuasanya wanita dan cinta dalam kehidupan seorang lelaki. disebabkan itu timbul frasa yang mengatakan disebalik kejayaan seorang lelaki itu adanya seorang wanita. corak pemikiran lelaki sebenarnya berbeza dengan wanita. kaum lelaki hanya berfikir mengikut logik dan bukti yang kukuh.mereka tidak akan mengaitkan emosi dalam cabang pemikiran mereka. berbeza dengan wanita yang lebih mencampurbaurkan emosi dalam pemikiran dan keputusan yang diambil. disebabkan perbezaan dari segi pemikiran inilah yang membuatkan kehidupan antara adam dan hawa itu saling melengkapi. kekurangan pada kaum lelaki namun terdapat kelebihan bagi kaum wanita. namun dalam era yang moden ini,adakalanya kita mundur dalam soal pemikiran apabila dugaan yang melanda menyebabkan hati- hati kita rapuh dan memaksa kita memilih jalan kelam. tidak salah kecewa dan menangisi kegagalan tapi sebaiknya anggaplah kegagalan itu sebagai cabaran dan permulaan untuk kita berjaya.


   "when you are in love you cant fall asleep because reality better than your dream"



the course of true love never did run smooth- william shakespeare



Tuesday, October 12, 2010

pantang larang suku kaum bajau


dalam masyarakat suku kaum bajau begitu banyak pantang larang yang sehingga hari ini masih menjadi amalan kami sekeluarga. walaupun dalam era yang serba moden ini, keluarga tetap berpegang teguh pada adat resam. antara adat yang digunapakai sehingga hari ini ialah:

  1. larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna
  2. larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah
  3. larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain
  4. larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang
  5. larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati
  6. larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang
  7. larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu
  8. larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga
  9. larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit
  10. larangan memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi
  11. larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun
  12. larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua
  13. larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah
  14. larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu
  15. larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri
  16. barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus
  17. anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu
  18. larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri
  19. larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku
  20. larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata

Monday, October 11, 2010

sejam di pantry

masa rehat pejabatku selalunya habis di dalam pantry. macam- macam hal yang dibincangkan sehingga tidak terasa masa berjalan. sedangkan kalau diikut, rata- rata diantara kami amat gemar mengomel- ngomel di facebook semasa rehat kerana hanya waktu itu saja yang membolehkan kami online. namun ada baiknya juga facebook kena blocked kerana aku rasakan seperti ketagihanku yang melampau terhadap facebook semakin berkurang..alhamdulillah! kalau tidak, pantang ada masa terluang di rumah aku pasti online sehingga mata terlelap. sungguh teruk! tapi sekarang mungkin tidak kerana aku telah pindah rumah dan mempunyai kawan- kawan serumah yaa bolehlah dianggap happening walaupun sedikit kecoh. cukuplah kak noor dan azie kat rumah pasti riuh rendah dibuatnya. sedangkan kak nurul pula sememangnya agak jarang di rumah. mungkin kerana dia kerja kat KL, so selalu balik lewat namun jika ada waktu, dia juga tak kurang hebatnya dalam bab mengutuk dan mengkritik apa saja yang ditayangkan kat tv adoi! aku pula hanya melihat gelagat mereka. dah tabiatku kurang berceloteh seperti mereka. kata kak noor, aku ni jenis yang lemah lembut aduhhh betul ke?? nak tergelak aku ehehehehe
                            sambung kisah di pantry tadi. kebetulan ahli panel pantry hari ini rata- rata orang yang dah berumahtangga dan bakal menimang cahaya mata. so topik kami pada hari ini lebih berkisar tentang bersalin. owh sungguh seram bila aku bayangkan namun itulah seharusnya dan semestinya akan ditempuhi oleh kaum hawa kelak. apabila mereka menyentuh tentang cara- cara bersalin yang memungkinkan seseorang itu digunting pada bahagian intimasi apabila kesukaran semasa bersalin berlaku. namun agak melucukan apabila kak na menceritakan kisahnya semasa bersalin yang turut digunting walaupun anaknya hanya seberat 2.5kg (berat yang agak kecil bagi seorang bayi). apa yang melucukan aku, kak na sempat lagi bertanya macam- macam semasa berada di bilik bersalin. agaknya doktor yang nak membidankan kak na mungkin sedikit tertekan menerima pesakit yang 'cerdik'. apa- apa pun aku bangga dengan kak na, seseorang yang membuat kajian terlebih dahulu sebelum sesuatu yang ditempuhinya berlaku. mungkin boleh jadi pengajaran buatku kelak..insyaallah!

cara takluk hati wanita

  1. berusaha keras - jangan tunggu dan lihat tapi carilah pelbagai cara untuk menarik hatinya dan menonjolkan diri dimatanya.
  2. fikirkan langkah seterusnya - rancang untuk sebuah perhubungan yang lebih serius supaya dia tahu akan kesungguhan anda.
  3. jangan melampaui batas - jaga tingkah laku ketika bersamanya supaya dia tidak hilang kepercayaan terhadap anda.
  4. memahami siapa rakannya - perlu memahami siapa saja yang menjadi rakannya dan bukannya mengongkong dirinya.
  5. adakah dia meminati anda - hendaklah mengetahui dengan apa jua cara sekali pun adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti anda atau hanya menganggap anda sebagai teman atau sebaliknya.

~~~~selamat mencuba~~~~

tentang sahabatku

hari ini aku bangun awal lagi. seawal 4.00 pagi aku dah bangkit dari tempat tidur selepas handphone ku berbunyi seperti selalu. maklumlah aku kena kejutkan kawan nak solat tahajud. dia ni jenis yang tidur mati tahap kelas 1 katanya ehehehe ntahlah tapi aku kena kejutkan dia juga kerana dia berhasrat nak padamkan api kemarahan yang selalu menganggu dirinya. mudah-mudahan bantuanku yang tidak seberapa mampu membantunya ke arah kebaikan. bagiku dia seorang insan yang baik, biasa namun aku suka berkawan dengannya kerana setiap kali berbual dengannya, banyak pengisian yang dia berikan. terima kasih untuk nasihat yang berguna, temanku! namun hari ini, aku menemuinya di pantri. wajahnya kelihatan muram sekali. aku ingin menegurnya namun terasa berat kerana aku sendiri kurang pasti kenapa terlalu sukar bagiku untuk menegurnya seperti aku menegur teman- teman yang lain. ada juga aku mengirim sms bertanyakan dirinya yang kelihatan bermuram- durja pagi ni namun sepi. dia tidak membalas. apa pun aku harapkan agar dia gembira selalu dan sentiasa tabah dengan ujian yang mendatang.

Sunday, October 10, 2010

kisah kad kahwin

dah lama rasanya aku tak updated blog puteri bawah bayu ni. kebetulan hari ini, kerja tak lah sebanyak selalu. so aku manfaatkan dulu waktu yang terluang. dalam bulan ni, aku dah dapat banyak kad jemputan walimatul urus. musim perkahwinan rupanya sekarang ni, maklumlah cuti sekolah nak tiba. kawan setugas yang dah selamat diijabkabulkan, kembali bertugas dengan wajah berseri- seri. alhamdulillah telah selamat bergelar isteri dan mungkin bakal menjadi ibu di masa depan. teman- teman yang sedang menanti hari bahagia pula kelihatan sibuk ke sana ke mari menguruskan apa yang patut. tak kurang juga teman yang membuat kejutan. tiada sebarang khabar berita tentang cerita percintaan tiba- tiba datang menghulurkan kad jemputan. hurmm macam- macam ragam, namun yang pasti aku dengan ikhlas akan mendoakan kebahagiaan buat teman- teman seperjuanganku sekalian walaupun aku sendiri belum pasti apakah hari berbahagia itu ada buatku?