About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Monday, October 25, 2010

jodoh

serikandiku
lindunglah keindahanmu
jangan dipanah ganasnya duniawi
usah dibiar punah sebelum mekar
takut berjatuhan dedaun syurgawi

perwiraku
tundukkan pandangan kirimu
jangan dibaja serakah syaitan
tuntunlah bunga warisan ke jalan kasihNYA
martabatkan maruah adindamu
setinggi ibunda yang melahirkan

serikandi..perwiraku..
andai waktu itu tiba
syaitan durjana menangis mengongol
pintu mawaddah wa rahmah luas buat kalian
tatkala perwiraku berkata aku terima nikahnya
berbahagialah wahai serikandiku sayang


setiap insan di dunia ini telah ditentukan jodohnya di luh mahfuz. namun semua itu adalah rahsia Allah yang perlu kita selami dengan akal fikiran selain memohon petunjuk dariNYA. oleh itu, sebagai manusia yang berakal janganlah kita sesali setiap ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. pasti ada hikmah disebaliknya. bagi mereka yang sentiasa kecundang dengan cinta, janganlah terlalu berputus harapan kerana pasti suatu hari nanti Allah akan tunjukkan jodoh kita yang sebenar. disini saya ingin berkongsi tentang jenis- jenis jodoh untuk tatapan kita semua :

  1. jodoh kerana syaitan - sepasang kekasih yang menghalalkan yang haram sehingga berlakunya perkahwinan kerana keterlanjuran itu. perkahwinan inilah yang dinamakan jodoh kerana syaitan namun perkahwinan yang berlandaskan nafsu semata hanyalah kekal buat sementara waktu kerana api nafsu itu tidak pernah puas melainkan kita bertaubat kepadaNYA.
  2. jodoh kerana jin - apabila seseorang menggunakan khidmat bomoh melalui kuasa jin untuk menakluki seseorang yang diingininya. perkahwinan yang terjadi ini dinamakan jodoh kerana jin. perlu diingati jodoh ini juga tidak akan kekal lama sekiranya mangsa sedar dari pengaruh ilmu hitam yang digunakan. malah penggunaan ilmu hitam ini juga adalah terpesong dari ajaran agama yang sebenar sehingga boleh menyebabkan syirik.
  3. jodoh kerana Allah - dua orang individu yang bertemu dan melangsungkan perkahwinan semata kerana Allah iaitu ingin menghalalkan yang haram dengan nama sebuah pernikahan. adakalanya jodoh ini tidak mengutamakan percintaan sebelum perkahwinan kerana masa percintaan itu adalah di alam perkahwinan, dimana tiada apa pun yang mengharamkan mereka untuk berkasih sayang..insyaallah


No comments: