About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Sunday, October 17, 2010

isteri solehah

para isteri seharusnya berazam untuk menjadi isteri yang solehah kerana ganjaran di sisi Allah swt kelak. dalam hal ini, para isteri perlulah memahami peranannya sebagai isteri dan ibu kepada anak- anak untuk membahagiakan suami. antara perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi isteri solehah ialah :
  1. memahami carta ketaatan rumahtangga - ketaatan bagi seorang suami bermula dari Allah, rasulullah dan ibu bapa. manakala bagi isteri adalah bermula dari Allah, rasulullah, suami dan ibu bapa. maknanya, isteri hendaklah mendahulukan suami kemudian ibu bapa dalam hal ketaatan yang makruf. "kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oelh kerana Allah telah melebihkan sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka, sebab itu maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). wanita- wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari- cari jalan untuk menyusahkannya. sesungguhnya Allah maha tinggi lagi Maha besar" (an- nisa': 34)
  2. memahami hak suami ke atas isteri - pensyariatan mahar kepada isteri antara lain memperlihatkan pemberian suami ke atas isteri sebagai penghargaan kepada isteri kerana sudi dan rela menyerahkan dirinya untuk berkhidmat dan berbakti kepada suami. oleh itu, para isteri wajib memahami kehendak suami dan berbakti kepadanya agar rumahtangga beroleh bahagia sepanjang masa. "apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa (ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja engkau sukai" (riwayat ahmad)
  3. memahami tanggungjawab suami -tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. nafkah yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan suami. oleh itu, isteri seharusnya memahami batas- batas dalam meminta nafkah supaya tidak meminta diluar kemampuan suami yang boleh mencetuskan konflik rumahtangga. dalam hal ini, isteri solehah perlu redha dengan segala pemberian suami dan tidak membandingkan dengan orang lain. berdoalah agar suami dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati.
  4. memahami peranan sebagai ibu - didikan isteri yang mampu membentuk anak- anak menjadi soleh dan solehah akan menggembirakan hati suami. kegembiraan suami itu akan menyebabkan isteri beroleh redha suami dan Allah yang seterusnya beroleh ganjaran syurga Allah..wallahuallam~~

No comments: