About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Tuesday, November 30, 2010

kewajipan sebagai seorang isteri

rasulullah s.a.w bersabda :
"tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada allah, untuk mengizinkan seorang masuk ke rumah suaminya, padahal suaminya benci dan tidak dihalalkan seorang isteri keluar rumah sedangkan suaminya tidak senang."                                                                                                                   (HR. Hakim)

berdasarkan hadis diatas, dapat juga ditambah disini bahawa kewajipan seorang isteri itu ialah :
  • sentiasa memelihara diri, kebersihan badan dan kecantikan wajah serta kebersihan rumahtangga. namun kebanyakannya, para isteri kurang menitik beratkan perkara ini dan sedikit sebanyak mengakibatkan suami mencari isteri yang baru. jika dilihat pada hari ini, amat sedikit para isteri yang memerhatikan hal ini kerana beranggapan ia hanyalah perkara remeh dan  para suami itu sendiri tidak bersuara untuk menegur kelakuan isterinya kerana takut menyinggung perasaan isteri. menurut ajaran islam, isteri hendaklah sentiasa menjaga kecantikan, kebersihan dihadapan suaminya kerana dia adalah milik suaminya yang mutlak. tidaklah patut seorang isteri hanya berhias dan kelihatan cantik dihadapan orang lain. ali bin abi talib berkata : sesungguhnya jihad seorang wanita itu ialah taat kepada suaminya."
  • tidak boleh berbuat sesuatu tanpa pengetahuan suami seperti meminjam wang dari orang lain baik untuk keperluan rumahtangga atau sebagainya.
  • jika suami memanggilnya hendaklah segera datang, janganlah tunjukkan sikap bosan atau acuh tak acuh kepada suami.
  • sambut kepulangan suami ke rumah dengan senyuman dan layanan yang mesra kerana mampu menghilangkan tekanan kerja dan kepenatan yang dirasai oleh suami.
  • sentiasa makan bersama kecuali semasa suami terlambat pulang dari biasa. siapkan segala- galanya sekiranya suami ingin makan, jangan biarkan suami melayani dirinya sendiri.
  • sentiasa berbincang dengan suami jika terdapat sebarang masalah yang melanda rumahtangga. elakkan berkongsi masalah dengan orang lain terutamanya lelaki yang bukan muhrim kerana ditakuti hati dan perasaan cenderung kepadanya bukan kepada suami lagi.
  • jangan meminta sesuatu diluar kemampuan suami.
  • kejutkan suami jika tertidur sebelum mengerjakan solat atau jika suami lupa akan janjinya, ingatkanlah dia dengan cara yang baik. jangan menuntut sesuatu janji sedangkan suami masih belum bersedia pada ketika itu.
  • pangkat, harta dan apa saja kebaikan suami jangan ceritakan kepada orang lain apatah lagi keburukannya. perkara ini akan membuatkan para isteri secara tidak langsung cuba membanding- bandingkan suami dengan orang lain. perbuatan membanding - banding ini juga sebenarnya salah bagi seorang isteri.
  • jangan terlalu boros dan janganlah terlalu kedekut untuk membelanjakan harta suami. cukuplah hanya bersederhana saja.
  • berilah makanan yang terbaik buat suami,elak menyembunyikan makanan yang enak dari suami.
  • sentiasa solat berjemaah dengan suami.
  • bersedekah dengan izin suami terlebih dahulu.
  • sesuaikan masakan dengan selera suami dan arif dengan apa yang disukai oleh suami.
  • sentiasa membantu suami menegakkan kebenaran.
  • menganggap keluarga suami sebagai keluarga sendiri.
  • berpuasa sunat dengan izin suami kerana dikhuatiri suami ingin tidur bersama di siang hari.
  • jangan sesekali melanggar wasiat atau pesanan suami selagi tidak melanggar hukum.
seorang isteri hendaklah selalu menjaga hak suaminya, sama ada semasa di rumah mahupun di luar rumah. sentiasalah berusaha agar suami sentiasa bahagia dan gembira semasa berada bersama kita. jangan sekali mengkhianati suami atau hartanya. apabila mendapat izin keluar, hendaklah seorang isteri itu berjalan dengan sembunyi- sembunyi, berpakaian sederhana, tidak menunjukkan tubuhnya dan hindarilah dari berbual dengan lelaki yang bukan mahram semasa berada di luar rumah untuk mengelakkan sebarang fitnah. apabila seorang teman suami meminta izin untuk masuk ke rumah semasa ketiadaan suami, janganlah beri keizinan dan elakkan dari berbual- bual dengannya. hendaklah para isteri meletakkan perasaan cemburu pada diri sendiri supaya mengetahui akan kecemburuan suami jika melayan seseorang yang bukan mahram.

No comments: