About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Thursday, December 2, 2010

romantik atas nama ibadah

  • MENDOAKAN PASANGAN
sebelum tidur amalkanlah berdoa untuk pasangan kerana doa yang tidak diketahui oleh pasangan itu adalah mustajab. sebagaimana sabda rasulullah s.a.w : 'doa seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu adalah doa yang mustajab. diatas kepala orang yang berdoa itu ada malaikat yang ditugaskan supaya setiap doa yang baik itu dijawab : amin dan untukmu juga seperti itu' (HR muslim) sentiasalah mendoakan kebaikan dan keberkahan buat pasangan supaya kasih sayangnya hanya untukmu dan semoga kerukunan rumahtangga bertahan hingga ke syurga jannah. sekiranya hanya satu harapan pun sukar dititipkan buat yang tersayang, jelas sekali betapa rapuhnya cinta kalian buat pasangan.
  • BERJANJI SALING MELEPASKAN IKATAN SYAITAN
bangun pada lewat malam dan membangunkan pasangan untuk sujud ke hadrat ilahi merupakan cara yang cukup romantik selain dapat mencergaskan tenaga batin, fizikal dan mental. sebagaimana sabda rasulullah s.a.w : 'syaitan mengikat diatas kepala salah seorang dari kamu apabila dia tidur dengan 3 ikatan. pada tiap- tiap ikatan dia berkata : malam masih jauh, maka tidurlah. jika orang itu bangun dan berzikir maka terlepaslah satu ikatan. jika dia berwuduk terlepaslah ikatan kedua, jika ia solat terlepaslah semua ikatan sehingga dia berpagi- pagi dalam keadaan rajin, riang dan lapang dada.' (HR bukhari dan muslim)

*romantik itu lahir dari hati yang ikhlas. semakin baik agama seseorang semakin romantiklah dia kepada pasangannya. kalau suami berkasar kepada isterinya itu tandanya imannya lemah, begitulah sebaliknya