About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Thursday, July 14, 2011

SYAABAN : apa istimewanya?

assalamualaikum wbt..

Terlalu lama rasanya tidak update blog ni. Dikesempatan ini, saya ingin menyentuh tentang bulan syaaban kerana kita masih berada di hujung syaaban yang akan membawa kita ke bulan ramadhan. sesungguhnya bulan rejab itu adalah bulan Allah swt, bulan syaaban adalah bulan nabi muhammad saw dan bulan ramadhan adalah bulan umat islam seluruhnya. Namun, bulan syaaban seringkali dilupakan berbanding bulan rejab dan ramadhan. mungkin kerana ada dikalangan kita yang mula sibuk untuk persiapan menghadapi bulan ramadhan dan tak kurang juga bulan syawal.

“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)
Merujuk kepada hadis di atas, sedar atau tak sedar, bulan syaaban adalah bulan yang penting kerana segala amal ibadah kita diangkat kepada Allah swt untuk diberikan ganjaran. Jika di dunia, kita sering kali menggelabah apabila jawapan- jawapan semasa peperiksaan sedang disemak oleh guru, ketika itu dengan sedaya- upaya kita memujuk guru untuk memberikan markah yang cemerlang. Namun, pernahkah kita memikirkan tahap manakah Allah swt berikan kita markah atau darjat disisiNYA?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Antara keistimewaan yang ada di bulan syaaban adalah malam nisfu syaaban iaitu pada 15 syaaban. Pada malam nisfu syaaban disunatkan melakukan ibadah- ibadah sunat untuk mengharap redha dan keampunan Allah swt.Malam nisfu syaaban adalah antara hari yang dimakbulkan doa hamba- hambaNYA yang berdoa.
Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Ramai dikalangan kita akan mengimarahkan malam nisfu syaaban dengan datang ke masjid- masjid untuk Qiyamullail dan ada juga yang melakukan secara sendirian. Pembacaan surah yassin turut dilakukan dan ada yang melakukan pembacaan sebanyak 3 kali dengan niat pada bacaan pertama memohon usia dipanjangkan agar terus taat dengan perintahNYA, niat pada bacaan kedua memohon keluasan rezeki dan niat pada bacaan terakhir memohon disempurnakan iman.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa juga sembahyang ia akan lakukan secara berterusan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Mudah- mudahan dengan sedikit perkongsian dari saya ini dapat menyuntik jiwa kalian untuk mengimarahkan malam nisfu syaaban dengan amalan sunat dan insyaAllah biarlah amalan sunat itu kita teruskan di hari- hari biasa. Sentiasalah merebut ganjaran yang dijanjikanNYA melalui amalan sunat disamping amalan wajib kerana selain mendapat kasih sayangNYA, diharap penggarapan ibadah sunat mampu menutup lompang- lompang dalam ibadah wajib kita semua, insyaALLAH!

No comments: