About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Monday, November 1, 2010

dari tulang rusuk adam

rasulullah s.a.w bersabda :
"sesungguhnya wanita itu tercipta dari tulang rusuk yang tidak bisa engkau luruskan berdasarkan 1 cara. jika engkau ingin menikmatinya, maka engkau bisa menikmatinya dengan tetap ada kebengkokan pada dirinya. jika engkau berusaha meluruskannya dengan keras, maka engkau akan mematahkannya. mematahkannya bererti menceraikannya."

                               ramai yang menyalahtafsir kejadian kaum hawa dari tulang rusuk adam yang bengkok. anggapan yang membawa penghinaan dan merendahkan martabat wanita. sedangkan, penciptaan kaum hawa dari tulang rusuk yang bengkok itu adalah 1 keindahan ciptaan allah s.w.t seperti dalam firman allah s.w.t ," inilah ciptaan allah s.w.t maka perlihatkanlah kepadaku apa yang diciptakan selain daripada allah s.w.t"
                               penciptaan wanita dari tulang rusuk membawa pelbagai kelebihan untuk melaksanakan fungsi pemeliharaan, perhatian, cinta dan kasih sayang. diantara fungsi tulang rusuk adalah melindungi anggota tubuh dari sesuatu yang membawa bahaya sama seperti kaum wanita yang dikurniakan sifat kasih sayang dan kelembutan. perhatian dan tertumpahnya kasih sayang wanita itu hanyalah untuk anak- anak dan suaminya.
                                diantara makna al- iwaj (bengkok) adalah belas kasihan. sifat wanita itu sendiri sentiasa menggunakan perasan belas kasih dalam menghadapi karenah anak- anak, suami dan sesiapa sahaja kerana wanita mempunyai perasaan yang lebih kuat berbanding kaum adam. selain itu, al- iwaj membawa erti minat atau kecenderungan iaitu wanita lebih cenderung kepada sesuatu dengan berdasarkan perasaannya. ia akan menjadikan hati kaum lelaki cenderung kepadanya. seluruh sifat baik itu merupakan gabungan yang tidak boleh dipisahkan dari karakter dan sifat seorang wanita tetapi syaitan selalu memanfaatkan dan menyesatkan kaum wanita melalui perasaan itu sendiri. kemudian, muncullah sifat- sifat mazmumah yang tercermin dari akhlak dan perilakunya.
                                 kaum lelaki seharusnya mampu memahami wanita yang akan menjadi pendamping sepanjang hidupnya itu tidak akan pernah lurus. oleh sebab itu, dalam proses mendidik seorang wanita itu memerlukan kesenian dan kelembutan agar tulang rusuk yang bengkok itu tidak patah seperti seorang tukang emas yang memperbaiki emasnya dengan sebaik- baiknya supaya emas itu tidak lebur dan patah. usaha untuk membentuk wanita itu sendiri tidak seharusnya penuh dengan kekasaran dan kekerasan kerana melalui kekerasan ditakuti kelembutan sifat kewanitaan itu akan bertukar menjadi sebaliknya iaitu bersikap melawan dan kasar. namun begitu, membiarkan kebengkokan seorang wanita itu juga tidak wajar. dalam erti kata lain, kaum lelaki seharusnya banyakkan bersabar dalam menghadapi ketidaklurusan akhlak, kelemahan akal dan kekurangan serta memaafkan kaum wanita dengan hati yang terbuka.ketidaklurusan seorang isteri itu mungkin membawa kebaikan buat suami selaku ketua rumahtangga kerana kekurangan ini boleh menjadi faktor ketaatan wanita kepada suaminya dan anak- anaknya.


No comments: