About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Thursday, November 11, 2010

kelebihan surah al ikhlas

berkata ibnu abbas r.a bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda : ketika aku israk ke langit, aku telah melihat arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. pada tiap- tiap sendi itu terdapat 12,000 padang sahara dan luasnya padang sahara itu adalah seluas dari timur ke barat. pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang kesemuanya membaca surah al- ikhlas. setelah membaca surah al- ikhlas, mereka berkata: wahai tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah al- ikhlas baik lelaki mahupun perempuan. sabda rasulullah s.a.w : demi allah yang jiwaku ditanganNYA, sesungguhnya qul huwallahu ahad itu tertulis di sayap malaikat jibrail a.s, allahus somad tertulis di sayap malaikat mikail a.s, lamyalid walam yulad tertulis pada sayap malaikat izrail a.s, walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat israfil a.s

KETIKA MEMULAKAN KERJA
bacalah ayat ini sebelum memulakan apa- apa kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis yang berada didalam tubuh dan juga sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

SEBELUM MASUK RUMAH
bacalah surah ini sebanyak 3x sebelum masuk ke dalam rumah. masuklah ke dalam rumah dengan kaki kanan dan membaca bismillah. berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. amalkanlah bersolat kerana salam pertama yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.

KETIKA SAKIT
sabda rasulullah s.a.w : barangsiapa membaca surah al- ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal, maka dia tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

KHATAM AL-QURAN
rasulullah s.a.w pernah bertanya: siapakah antara kamu yang dapat khatam quran dalam jangka masa dua, tiga minit? tiada seorang dari sahabat yang menjawab. malah saidina umar telah mengatakan bahawa ia adalah mustahil untuk khatam quran dengan begitu cepat. kemudian saidina ali mengangkat tangan. saidina umar bersuara bahawa saidina ali yang masih kecil pada waktu itu tidak tahu apa yang dikatakannya. lantas saidina ali membaca surah al- ikhlas sebanyak 3x. rasulullah s.a.w menjawab dengan  mengatakan bahawa saidina ali adalah betul. membaca surah al- ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk quran lalu dengan membaca surah al- ikhlas sebanyak 3x bersamaan dengan membaca 30 juzuk quran.

No comments: