About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Monday, November 15, 2010

kisah wanita merisik calon suami

mawiyah binti afzar, merupakan wanita berketurunan bangsawan dan rupawan. pada suatu hari, mawiyah didatangi oleh 3 orang lelaki hartawan yang ingin melamarnya sebagai isteri. semua lelaki itu kelihatan hebat- hebat belaka. namun disebabkan kebijaksanaan mawiyah, dia tidak terus menerima lamaran itu melainkan menyelidik terlebih dahulu latar belakang mereka. mawiyah mengatur strategi menyamar menjadi seorang pengemis tua yang hodoh.
                    mawiyah datang ke rumah lelaki yang pertama daripada suku nabit dan meminta sedekah kerana terlalu lapar. lelaki itu memandangnya dengan jijik lalu menyerahkan tulang- tulang unta kepada mawiyah. kemudian, mawiyah mendatangi rumah lelaki yang kedua daripada suku nabighah. mawiyah diberikan saki- baki ekor unta yang ada. seterusnya, mawiyah mendatangi rumah lelaki yang ketiga bernama hatim. apabila melihat pengemis itu, hatim segera memberikan daging unta yang terbaik.
                  selepas menerima ketiga- tiga buah tangan tersebut, mawiyah memanggil ketiga- tiga lelaki itu ke rumahnya. mawiyah meminta ketiga- tiga lelaki tersebut mencipta syair untuk diperdengarkan kepadanya. lelaki pertama membaca puisinya yang tidak mempunyai apa- apa maksud. kandungan puisi lelaki kedua pula asyik memuji diri sendiri. hatim pula menghasilkan puisi yang melambangkan akhlak dan kata- kata nasihat.
                  selesai fasa ujian tersebut, mawiyah mengarahkan khadamnya menghidangkan sup yang berbeza hasil daripada penyamarannya sebagai pengemis. lelaki pertama mendapat sup tulang unta, sup ekor untuk lelaki kedua dan hatim disajikan sup daging unta. betapa malunya mereka, barulah mereka sedar rupanya pengemis tua itu adalah mawiyah. diantara ketiga- tiga lelaki itu, hatim adalah yang paling beruntung kerana terpilih lantaran layanan akhlaknya yang baik tanpa memilih bangsa dan keturunan.

No comments: