About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Thursday, July 14, 2011

sahabat..teman!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur nikmat dipanjatkan kepada yang maha esa. Syukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara pada hari ini. Syukur kerana kita berpeluang untuk perbaiki kekurangan dan kekhilafan semalam. Hari ini, saya ingin menyentuh tentang persahabatan. Siapa sahabat? Adakah orang- orang disekeling kita boleh dianggap sahabat? Apakah pula makna ikatan persahabatan? Mari kita kupas bersama.

Sahabat, teman, kawan - semuanya membawa makna orang yang kita kenali dan senang berkongsi suka duka bersamanya. Apabila kita mempunyai sahabat, secara tak langsung terjalinnya ikatan persahabatan sehingga mencipta kenangan dalam kehidupan. Maaf jika takrifan saya ini kurang bertepatan kerana ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang yang mempunyai sahabat di luar sana.

Tahukah kalian, dalam masa 2 minggu kita mampu mengenal siapa yang disekeliling kita. Oleh itu, kita semua pasti sudah arif dan kenal siapa sahabat kita bukan? Dalam masa perkenalan, bermacam kebaikan dan keburukan dirinya yang kita tahu. Janganlah disebabkan kekurangan sahabat- sahabat kita dengan mudah kita membenci mereka. Itu tidak betul! Jika terdapat sikap yang kurang menyenangkan kita, apa salahnya menegur sikapnya itu dengan berhemah agar hatinya tak terguris. Jangan menghukum dengan menjauhi mereka atau memulaukannya. Bukankah memutuskan silaturrahmi itu dosa? Bahkan berdosa hukumnya jika selama 3 hari kita tidak saling menegur.

Buat para sahabat di luar sana, jangan lakukan kesilapan dengan mudah memutuskan ikatan persahabatan yang terjalin. Itu satu kerugian sebenarnya kerana jika memutuskan ikatan antara sahabat, tidak mustahil suatu hari nanti sahabat- sahabat kita akan meninggalkan kita. Sepatutnya kita menanamkan niat di hati kerana siapa kita ingin bersahabat? Kerana Allah swt bukan kerana kebendaan atau keduniaan. Jika kerana kebendaan atau kedunian, ikatan yang terjalin pasti akan terlerai sekiranya kebendaan atau keduniaan itu hilang bersama peredaran zaman. Namun jika kerana kasihNya, persahabatan itu akan terus mekar kerana Dia maha esa, tidak mati dan tidak dimatikan. Mari bersahabat dan jika ditakdirkan berpisah biarlah keranaNya jua. Moga kita sentiasa mendapat manfaat.

No comments: