About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Wednesday, July 27, 2011

Tunjukkan aku jalanMu (siri akhir)


Kepalanya berdenyut sakit. Namun bunyi handphone yang minta diangkat memaksanya untuk bangun dari pembaringan. Matanya menatap sejenak nama pemanggil yang tertera pada skrin handphone.
                “Assalamualaikum Mariyah. Apa khabar?” suara ustazah Fatimah menerjah gegendang telinganya. Hatinya mula diserang degupan yang amat hebat.
                “Wa’alaikumsalam. Saya demam hari ni. Baru lepas makan ubat tadi,” jawab Mariyah lemah sambil menelentangkan tubuhnya.
                “Astaghfirullah, kenapa sampai demam ni, Mariyah? Patut dah lama tak nampak dalam majlis tazkirah akak” ternyata ustazah Fatimah turut resah mendengar perkhabarannya. Semenjak pertemuan lepas, ustazah Fatimah lebih selesa membahasakan dirinya kakak kepada Mariyah. Sekali lagi menambahkan beban dihati Mariyah.
                “Entahlah, kak. Banyak sangat dalam fikiran ni,” jawab Mariyah sambil memejam matanya yang terlalu berat untuk dibuka.
                “Tentang Shafi’e ke?,” soal ustazah Fatimah minta penjelasan. Namun sepi dari pihak Mariyah. Ustazah Fatimah menghela nafas panjang.
                “Saya tak layak untuk dia, kak. He’s a nice person and I think he will get better than me. Maafkan saya, kak. Saya dah buntu,” keluh Mariyah perlahan.
                “Orang lain berebut nak dapatkan yang terbaik tapi kenapa tak untuk Mariyah? Jangan hampakan akak, terutamanya Shafi’e. Dia dah berkenan kat Mariyah,” pujuk ustazah Fatimah lembut. Dia sebolehnya inginkan jodoh berkekalan buat kedua orang insan disayanginya itu.
                “Saya tak cukup baik untuk dia, kak. I have nothing for him as a good wife, kak. Saya tak nak kerana dosa lampau saya, dia terpaksa menerima akibatnya”
                “Mariyah..”
                “..I know who I am, kak. Bukankah seelok- eloknya cari bakal isteri dikalangan mereka yang masih dara, lahir dari keturunan keluarga baik- baik kerana bakal isteri itulah akan melahirkan zuriat soleh solehah. Jika saya yang berdosa ni menjadi isterinya, macam mana nasib bakal zuriatnya nanti, kak?” Mariyah tidak dapat menahan sebak didada. Dia menangis dihujung talian.
                “Akak faham perasaanmu, dik. Bagi akak, Mariyah adalah calon yang terbaik. Shafi’e sendiri dah maklum kisah lalu Mariyah tapi dia redha dan bersedia bersama- sama Mariyah untuk membina sebuah keluarga mawaddah warahmah. Bukalah hatimu, Mariyah!”
*****
Angin petang menerobos masuk melalui tingkap biliknya yang terbuka luas. Sengaja dibiar wajahnya ditampar lembut oleh sang bayu. Entah kenapa hatinya masih lagi gundah gulana. Pujukan ustazah Fatimah tempoh hari masih belum melunakkan keras hatinya. Sejak panggilan tempoh hari, tiada sebarang khabar berita dari ustazah Fatimah. Shafi’e sendiri belum pernah cuba menghubunginya. Anak muda itu akan bertanya melalui ustazah Fatimah jika terdapat sebarang keinginannya untuk mengetahui berita mengenai Mariyah. Sikap berhati- hati Shafi’e itu amat dikagumi Mariyah.
                “Kak Mariyah!,” panggil Safiyah yang baru melangkah masuk ke bilik tidur Mariyah. Segera dipandangnya wajah Safiyah.
                Safiyah menyerahkan sampul surat berwarna merah hati kepadanya. Mariyah mengerutkan dahinya tanda pertanyaan yang mula timbul dihati. Namun sampul itu beralih tangan akhirnya.
                “Abang Shafi’e datang tadi. Dia yang serahkan surat ni tadi,” kata Safiyah sebelum meninggalkannya bersendirian di dalam bilik. Mariyah agak terkejut mendengar berita kedatangan Shafi’e walaupun hanya sebentar.
                Dengan penuh debar didada, sampul surat itu dibukanya. Jelas terpampang tulisan tangan milik Shafi’e yang begitu kemas menghiasi dada kertas berukuran saiz A4. Mariyah terus membaca luahan rasa yang disampaikan melalui warkah itu.


Assalamualaikum wbt..
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut lagi, maafkan saya sekiranya surat ini mengganggu Mariyah. Saya sendiri sudah maklum tentang keadaan Mariyah melalui kak Fatimah. Maafkan saya sekali lagi kerana niat saya membuatkan kenteraman Mariyah terganggu sehingga diserang demam. Walau apa pun keputusan Mariyah, saya menerimanya dengan hati terbuka. Warkah saya ini bukan diutus untuk menggambarkan rasa kecewa tetapi sebaliknya rasa kesyukuran kerana hati Mariyah telah kembali ke jalanNYA. Teruskan usahamu untuk mencari kasih sayangNYA. Mungkin kerana itu Mariyah menolak saya kerana kasih saying maha penyayang. Di sini, saya ingin mengingatkan Mariyah setiap yang terjadi itu adalah ketentuanNYA dan apa pun dugaan dariNYA adalah ujian untuk kita mempertingkatkan kualiti iman dan takwa. Setiap dugaan itu adalah selaras dengan kekuatan diri kita sebenarnya dan sebagai salah satu cara kasih sayangNYA agar kita kembali kepadaNYA setelah dikecewakan dengan kebahagiaan dunia yang palsu. Moga Mariyah terus tabah dan kuat dalam pencarian. Di akhir warkah ini, saya ingin memohon maaf sekali lagi jika ada yang menyinggung perasaan Mariyah kerana jika diizinkan Allah, saya akan pergi jauh untuk menambahkan ilmu fardhu kifayah disamping memantapkan diri untuk kehidupan masa depan.
Wassalam
Dariku,
Shafi’e
                Hati Mariyah tersentap membaca perkhabaran dari Shafi’e. Perasaannya bergolak. Dia tidak pasti apa yang diinginkan hatinya. Jika dikata hatinya tidak tertarik pada Shafi’e, memang mustahil. Kebaikan budi pekerti Shafi’e sedikit sebanyak menyentuh hati nuraninya. Namun dia tidak berani menzahirkan perasaannya. Mariyah tidak lagi kuat untuk menggapai cinta.
******
Tahun 2011
“Assalamualaikum”
                Ustazah Fatimah tersenyum melihat kehadiran wanita itu. Segera ditinggalkannya kelompok kanak- kanak yang sedang mengulangkaji pelajaran.
                “Wa’alaikumsalam,” sambut ustazah Fatimah lalu dipeluknya erat tubuh wanita berniQab itu. Sedikit lama untuk melepaskan rindu dihati.
                “Apa khabar, kak? Maaflah Mariyah sibuk sikit. Maklumlah dah kerja sendiri ni, banyak benda nak settle,” kata Mariyah apabila ustazah Fatimah membawanya ke ruang tamu Teratak Syifa.
                “Baik, Alhamdulillah. Mariyah?”
                “Seperti yang akak lihat” ustazah Fatimah tersenyum memandang Mariyah. Walaupun wajah manis milik Mariyah terhijab dibalik niqab namun dia pasti wajah itu tetap tersenyum dan gembira tika menemuinya.
                “Anak- anak apa khabar kak?,” tanya Mariyah sambil memandang ke segenap ruang Teratak Syifa. Kerinduannya terhadap anak- anak Teratak Syifa menggebu.
                “Alhamdulillah sihat. Cuma.. Zinnirah meragam sikit. Yelah, dah berapa hari tak jumpa ummi Mariyah,” jawab ustazah Fatimah sambil menggeleng lembut. Wajah comel Zinnirah terbayang diruang mata.
                “Zinnirah kenapa, kak? Dia tak sihat ke?” Mariyah mula risau dengan keadaan Zinnirah. Kesibukannya di kedai buku yang baru setahun jagung dibukanya itu membuatkan perhatiannya terhadap Zinnirah agak berkurangan.
                “Biasalah..meragam, tak nak makan, tak nak buat apa- apa kalau tak jumpa Mariyah. Tapi jangan risau, akak pujuk lama- lama okeylah dia”
                “Syukur Alhamdulillah,” ucap Mariyah sedikit lega.
                Selain sibuk menguruskan kedai buku miliknya, Mariyah turut membantu ustazah Fatimah dalam pengurusan Teratak Syifa – rumah perlindungan untuk anak- anak terbiar, anak- anak yatim. Atas usaha mereka, Teratak Syifa kini memuatkan lebih kurang 30 orang kanak- kanak yang memerlukan perlindungan.
                “Ummi..” tubuh Mariyah dipeluk dari belakang. Dia tersenyum dan amat mengenali si kecil yang memeluknya itu.
                “Ummi dengar anak ummi ni nakal, betul ke?,” tanya Mariyah sambil menarik tubuh kecil itu ke pangkuannya. Zinnirah memasamkan wajahnya.
                “Ummi yang jahat. Dah lama tak datang jenguk Zinnirah,” jawab Zinnirah dengan petah. Ustazah Fatimah hanya memandang kelakuan Mariyah dan Zinnirah di hadapannya.
                “Pandai salahkan ummi ya?! Yelah ummi minta maaf, ummi sibuklah sayang” pipi montel si kecil disentuh lembut. Kasihnya kepada Zinnirah telah mekar sejak kanak- kanak itu ditemuinya beberapa tahun lalu di hadapan surau.
                “Zinnirah dah jumpa ummi Mariyah kan?! Sekarang pergi belajar, dah masuk waktu Iqra’,” kata ustazah Fatimah yang dari tadi mendiamkan diri.
                “Ummi jangan balik sekarang tau. Zinnirah nak belajar Iqra’ ” Mariyah hanya ketawa kecil mendengar arahan si kecil sebelum berlari pergi meninggalkannya bersama ustazah Fatimah.
                Nur Ain Zinnirah binti Abdullah. Itulah bayi kecil yang ditemuinya dahulu. Hati wanitanya tersentuh melihat si kecil yang baru melihat dunia dibuang selayaknya haiwan. Ketika itu, Mariyah baru saja selesai menunaikan solat di sebuah surau. Langkahnya terhenti melihat si kecil yang dibungkus dengan kain sarung yang diletakkan di tangga surau. Menitis air matanya ketika memangku si kecil yang menangis kelaparan.
******
Rumah teres dua tingkat milik orang tua ustazah Fatimah dikunjungi ramai tetamu. Ustazah Fatimah dan adik- beradiknya begitu sibuk melayan tamu yang tidak putus- putus bertandang. Pemandangan itu dapat dilihat oleh Mariyah dari kejauhan. Dia terpaksa memberhentikan keretanya agak jauh dari rumah orang tua ustazah Fatimah kerana tiada ruang untuknya berbuat demikian.
                “Jangan lupa datang rumah family akak nanti ye. Ada kenduri sambut menantu,” kata ustazah Fatimah di suatu petang.
                “Siapa yang kahwin kak?”
                “Adik akak yang kahwin. Dah lama sangat dia merantau kat tanah arab. Sekali balik dengan menantu sekali” ustazah Fatimah begitu gembira ketika memberitahunya perihal majlis itu. Hati Mariyah sedikit tergugah.
                ‘Shafi’e ke yang kahwin? Kalau betul pun dia kahwin, kenapa aku nak susah hati. Aku sendiri yang lepaskannya dan dia tak pernah memberiku sebarang harapan,’ bisik hati kecil Mariyah. Ketenangan jiwanya terganggu sejak menerima undangan majlis sambutan menantu itu.
                Cermin keretanya diketuk dari luar. Lamunan Mariyah terputus. Kelihatan ustazah Fatimah sedang tersenyum di luar melihatnya. Mariyah terus keluar dari perut kereta myVi miliknya itu. Seperti kebiasaannya, mereka akan berpelukan tanda kemesraan yang terjalin.
                “Kenapa tak masuk? Mak, ayah ada kat dalam tu” ustazah Fatimah memandang wajah Mariyah dengan penuh kasih.
                “Seganlah kak. Tengok ramai je yang datang,” jawab Mariyah cuba menyembunyikan gelora dihatinya. Ustazah Fatimah tersenyum lembut. Segera diraihnya tangan Mariyah. Dengan langkah seiring mereka menuju ke rumah teres dua tingkat itu.
                “Assalamualaikum Mariyah” seseorang menyapanya ketika kakinya baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu.
                “Wa’alaikumsalam,” jawab Mariyah perlahan. Malah hatinya seakan mahu berhenti berdegup tatkala melihat wajah yang masih lagi dirinduinya dalam diam.
                “Akak saja nak surprise kan Mariyah hari ni dengan kepulangan Shafi’e,” kata ustazah Fatimah dengan nada riang. Namun ada awan mendung menyinggahi hati Mariyah.
                “Apa khabar Mariyah? You look sweet with niqab” Shafi’e mengulum senyum memandang wajah yang tersembunyi di balik niqab itu.
                “Alhamdulillah. Erm..congrates for your wedding! May i look who’s?” hatinya yang lara tidak dapat dibendung lagi walaupun dia cuba berlagak selamba di hadapan dua orang beradik itu.
                “Wedding?,” tanya Shafi’e dengan kerutan di dahi. Ustazah Fatimah menepuk dahinya perlahan.
                “Mariyah dah salah faham ni. Sebenarnya bukan Shafi’e yang kahwin tapi anak angkat mak dan ayah. Akak tak pernah pun cerita sebelum ni kat Mariyah,” ujar ustazah Fatimah yang menyedari kesilapannya yang membuatkan Mariyah tersalah faham. Shafi’e ketawa kecil. Mariyah terdiam menahan rasa malu akan kesilapannya.
                “Hati saya masih kat Malaysia sejak dari dulu lagi,” kata Shafi’e dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Mariyah masih mendiamkan diri di sebelah ustazah Fatimah.
                “Apa tunggu lagi Mariyah? Cepat- cepatlah cari calon walid untuk Zinnirah,” tambah ustazah Fatimah yang sememangnya tahu akan niat Mariyah ingin mengambil Zinnirah sebagai anak angkat. Namun statusnya membuatkan prose situ agak lambat.
                “Kebetulan Mariyah ada hari ni, saya nak beritahu something. InsyaAllah on next week saya sekeluarga nak datang ke rumah keluarga Mariyah,” kata Shafi’e yang menimbulkan rasa tanda tanya dihati Mariyah.
                “Kenapa nak datang?,” tanya Mariyah yang sedikit bingung. Shafi’e ketawa lucu sebelum berlalu meninggalkannya tertanya- tanya.
                “Cuba menyambung kembali ikatan yang lalu. Mudah- mudahan dimakbulkanNYA,” bisik ustazah Fatimah.
Mariyah masih lagi terdiam. Namun hatinya mula berbunga riang. Setelah sekian lama dia cuba mencari jawapannya, kini dia semakin pasti ke mana arah tuju haluannya untuk masa depan. Dia semakin pasti Shafi’e akan memimpinnya menuju jalanNYA – jalan kasih sayang yang maha penyayang.
‘Terima kasih ya Allah! Ku syukuri pilihanMu dan ku yakini jalanMU,’ bisik hati kecil Mariyah penuh kesyukuran yang teramat.  
Amr diab (Qusad Einy versi English)
we have a date between us, despite the separation
for sure you'll return, even if we were countries apart
you are in front of my eyes, everywhere i look
and again, we will certainly return (go back together)
i'm melting, and full of yearning
and never in my life would i sell away, in front of my eyes
and i can't endure time
and neither can my passion describe my feelings
and all night long and when i sleep....
you are in front of my eyes, everywhere i look
one day, we'll go back together
we promised eachother
and in her/his absence, hope is still alive
you are in front of my eyes, everywhere i look
and again, we will certainly return (go back together)
i'm melting, and full of yearning
and never in my life would i sell away, in front of my eyes
and i can't endure time
and neither can my passion describe my feelings
and all night long and when i sleep....
you are in front of my eyes, everywhere i look

~~alhamdulillah tamat~~

No comments: