About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Monday, July 25, 2011

Tunjukkan aku jalanMu (siri 2)

assalamualaikum wbt..
jom baca sambungan dari cerpen semalam~~
******

“I have fiancé”
                Adli terkejut mendengar pengakuan diluar keinginannya itu. Sesekali diraupnya wajah yang mula memerah menahan gelodak rasa. Berlainan pula tingkahnya dengan Mariyah. Dia kelihatan tenang di tempat duduknya. Sesekali matanya melilau melihat panorama di sekitar restoran menjadi pilihan Adli untuk santapan di hari itu.
                “Only kidding right?!” Adli cuba ketawa namun hambar bunyinya.
                “It’s true. I’m so sorry, Adli,” jawab Mariyah dengan getar di dada. Matanya tidak berani melawan tatapan mata Adli.
                “Who’s the lucky?” suaranya kedengaran kecewa. Mariyah menggigit bibir. Benaknya ligat mencari jawapan yang sememangnya dia sendiri tidak punya.
                “He’s one of my friends. Awak tak kenal pun,” jawab Mariyah berhati- hati.
                Adli tidak membalas jawapan itu. Kelihatan dirinya dalam kondisi yang kurang menggembirakan. Fresh orange yang berada di hadapannya masih tidak luak. Sedangkan, kebiasaannya Adli cukup gemar dengan fresh orange. Sedikit simpati menguak hati Mariyah. Namun dia terpaksa.
                “Patutlah Mariyah selalu mengelak dengan saya. Rupanya dah berpunya. I’m sorry for everything,” keluh Adli dengan nada lara.
                Tumpuan Mariyah terganggu dengan bunyi handphone miliknya. Segera dicapai handphone yang terletak di dalam beg sandangnya. Adli hanya memandang perlakuan Mariyah dengan pandangan sukar dimengerti.
From: Ustazah Fatimah
Salam Mariyah! Jangan lupa temu janji esok ye.
Saya pasti kegembiraan ada buat Mariyah InsyaAllah.
                “Text from him?,” tanya Adli dengan getar cemburu. Namun tidak mendapat sebarang jawapan dari Mariyah. Hanya senyuman mekar dibibir mungilnya. Sekali lagi Adli rasa dikalahkan untuk mendapatkan cinta seorang wanita.
******
Petang itu, pertemuan seperti yang dijanjikan telah bertukar tempat. Kebetulan keluarga Mariyah mengadakan kenduri doa selamat untuk adik bongsunya yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di menara gading, ustazah Fatimah turut dijemput menghadiri kenduri itu bersama si dia yang ingin mengenalinya.
                ‘Ya Allah berilah aku kekuatan dan Engkau limpahkanlah kebaikan pada pertemuan ini..ameen ya rabb,’ doa Mariyah bersungguh dalam hati. Segera diraup wajahnya dengan kedua belah tangan.
                “Lamanya buat air..ke beli air kat kedai,” gurau Safiyah, adik perempuannya yang baru meningkat dewasa itu dengan senyuman meleret dibibir.
                Mariyah menjeling tajam. Gurauan Safiyah menambahkan rasa gugupnya. Tersedar dengan kelekaannya, Mariyah cepat- cepat menyusun beberapa biji cawan di atas dulang.
                “Bakal abang ipar Safiyah tu, handsome orangnya. Segak, tinggi,” puji Safiyah sengaja mahu menyakat Mariyah. Wajah Mariyah mula merona merah.
                Tanpa membuang waktu, Mariyah kuatkan semangat melangkah ke luar menuju ruang tamu. Tangannya cuba digagahi memegang dulang yang berisi sedikit santapan ringan untuk tetamu pada petang itu. Sesampainya di ruang tamu, dengan wajah yang merona malu, dia dengan tertib menuang air teh panas ke dalam setiap cawan kemudian diagihkan kepada setiap tetamu.
                “Silalah minum,” pelawa Encik Maaruf selaku ketua keluarga dan ayah Mariyah.
                Mariyah mengambil tempat di sebelah ibunya, Puan Noraini. Wajah masih lagi tertunduk malu. Tidak berani memandang kepada anak muda yang datang bersama keluarga ustazah Fatimah. Walaupun kedatangan mereka sekadar menziarahi keluarga Mariyah disamping berkenal- kenalan tapi Mariyah tetap merasakan debar didadanya.
                “Terima kasihlah, pakcik..makcik kerana sudi menerima kunjungan saya dan keluarga kak Fatimah ke sini. Sebenarnya saya ni kawan Mariyah tapi dah lama lost contact. Tak sangka jumpa petang ni”
                Mariyah sedikit terkejut mendengar butir kata anak muda yang masih belum dikenali wajahnya itu. Pantas diangkatnya wajah menatap empunya diri. Wajah Mariyah bertukar reaksi.
                “Shafi’e..Mohamad Shafi’e?!,” kata Mariyah seakan tidak percaya. Wajah ustazah Fatimah dipandangnya minta penjelasan.
                “Saling berkenalan ke? Baguslah kalau camtu. Kira ni jejak kasihlah ye,” seloroh Encik Maaruf dengan ketawa kecil. Masing- masing menerima gurauan Encik Maaruf dengan gelak tawa kecuali Mariyah yang masih lagi terpanah di tempat duduknya.
                “Jika diizinkan pakcik dan makcik, saya ingin mengenali Mariyah bukan sekadar teman biasa tapi lebih kepada teman hidup insyaAllah. Terpulang pada Mariyah nak beri berapa lama untuk tempoh perkenalan. Sekiranya segalanya berjalan lancar, saya rancang menamatkan zaman bujang pada tahun ni juga. Apa- apa pun semuanya saya serahkan kepada Mariyah”

~~bersambung~~

No comments: