About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Sunday, July 24, 2011

Tunjukkan aku jalanMu

assalamualaikum wbt..

Hari ini saya nak kongsikan cerpen yang saya hasilkan. moga ada pengajaran buat kita semua InsyaAllah. selamat membaca ya :)

******

“Isn’t you, Mariyah?”
Matanya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kagum, bermimpi..semuanya berlegar diminda lelakinya. Namun Mariyah hanya tersenyum tenang. Setenang wajahnya kala itu.
“I want to change. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan ke arah itu,” kata Mariyah perlahan tapi penuh rasa keinsafan.
“Alhamdulillah. You’re great, Mariyah! Aku..teruja, gembira lihat perubahan kau sekarang,” balas Shafi’e dengan senyuman yang cukup menggambarkan betapa gembira hatinya melihat perubahan Mariyah.
Matanya masih menatap keindahan yang melingkari diri Mariyah. Dahulu dia mengenali Mariyah dengan rambut lurus separas bahu yang sentiasa elegan dengan pelbagai jenis pakaian kasual. Gadis tinggi lampai itu sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Namun kini, rambut lurusnya itu terselindung dibalik tudung. Dia hampir tidak mengenali Mariyah dengan busana muslimah yang kelihatan amat padan dengannya.
                ‘Moga jalanmu dipermudahkan selalu, Mariyah,’ doanya dalam hati tatkala perpisahan terjadi diantara mereka.
                Dia menghantar pemergian Mariyah dengan pandangan penuh syukur. Apabila Mariyah hilang di dalam bangunan konkrit itu, barulah dia mengatur langkah menghampiri kenderaannya yang tersadar di kotak parking.
******
Hatinya sedikit terganggu dengan kuntuman bunga di meja. Setiap hari ada saja bunga yang diletakkan di meja kerjanya itu. Tanpa melihat kad, dia sudah tahu siapa penghantarnya. Dengan malas, dia menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya.
                “Wow, roses!” Zurina mengambil bunga yang hanya menjadi santapan matanya dari tadi. Bibirnya menguntum senyum kelat.
                “Ambillah! Aku bagi free kat kau”
                “Betul ke ni?”
                Zurina seakan teragak- agak menerima pelawaan Mariyah. Walaupun keinginannya menebal tapi cuba dikawal. Kuntuman bunga yang dihias indah itu diletakkannya kembali ke meja.
                “Ambillah. Aku tak nak pun bunga ni”
                Setelah dipujuk akhirnya kuntuman bunga itu dibawa pergi. Mariyah menarik nafas lega. Seakan kuntuman bunga itu menyekat nafasnya di kerongkongan. Ketenangannya terganggu dengan bunyi yang muncul dari handphone miliknya.
From: Adli
Salam dear! Got the flowers? Hope u like it. Miss u damn much.
Kiriman sms dari jejaka bernama Adli itu menambahkan rasa kurang selesanya. Adli terlalu mendesaknya untuk menerima cinta lelaki itu. Saban hari, ada saja kiriman bunga mahupun buah tangan dari Adli. Handphonenya juga tidak henti- henti menerima kiriman rasa rindu, cinta melalui sms dan adakalanya Adli menelefonnya namun jarang sekali dia mengangkat panggilan daripada Adli.
******
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
                “Begitulah isi tazkirah pada hari ini. Mudah- mudahan apa yang kita kongsikan pada hari ini dapat membantu kita semua untuk memahami konsep sebenar taubat dalam islam, insyaAllah!”
                Mariyah masih tidak lepas memandang ustazah Fatimah. Walaupun tazkirah pada hari tu telah berakhir, hatinya masih lagi kosong – seakan ilmu yang diberi masih tidak mencukupi kedahagaan jiwanya.
                “Assalamualaikum” ustazah Fatimah mengejutkannya dari lamunan. Mariyah terpinga sebentar. Baru dia sedar hanya dia berada di ruang solat surau itu.
                “Waalaikumsalam” disambutnya huluran salam ustazah Fatimah dengan senyuman dibibir. Ustazah Fatimah terus mengambil tempat disisinya.
                “Apa khabar Mariyah? Lama tak borak. Mariyah sibuk ke? Selalunya tiap- tiap minggu, hadir majlis tazkirah” ustazah Fatimah mengasaknya dengan soalan seperti yang dijangkanya.
                “Banyak kerja, ustazah! Ni pun saya gagahkan juga ke sini. Dah lama benar tak dengar ceramah ustazah. Jadi rindu pula” jawapan Mariyah mengundang tawa ustazah Fatimah. Tangan Mariyah digenggam lembut.
                “Bila Mariyah free?”
                “Kenapa..ustazah nak belanja makan ke?”
                “Ada orang nak belanja makan”
                Mata bundar Mariyah menujah wajah bersih ustazah Fatimah. Cuba mentafsir makna tersirat dari pelawaan itu. Ustazah Fatimah tersenyum lembut. Dia tahu persoalan yang melingkar di minda Mariyah.
                “Saya nak kenalkan Mariyah dengan seorang yang baik. Mudah- mudahan jodoh antara kalian telah tersurat, bolehlah beribadah atas nama pernikahan,” kata ustazah Fatimah sambil mengusap lembut tangan Mariyah. Wanita yang baru dikenalinya itu amat baik pada pandangannya. Walaupun Mariyah telah menceritakan peristiwa silamnya, namun baginya itu semua bukan kayu pengukur untuk sebuah ukhwah.
                “Saya ni layakkah, ustazah?,” tanya Mariyah perlahan. Wajahnya tertunduk memandang permaidani yang terhampar di lantai surau. Dia menghela nafas panjang.
                “Semua manusia itu sama saja disisiNya. Hanya ketakwaan yang membezakan darjat disisiNya, Mariyah. Dia baik, beragama..saya rasa amat sesuai buat Mariyah,” pujuk ustazah Fatimah yang tidak putus asa memberinya semangat sejak dahulu lagi.
                Mariyah mengukir senyum tapi kelihatan tidak seindah dahulu. Ada kegundahan terlahir di sanubarinya. Namun terlalu sukar untuk diluahkan. Kesungguhan ustazah Fatimah mematikan niatnya untuk menolak pelawaan itu. Terlalu banyak jasa ustazah Fatimah dalam usahanya untuk menjadi seorang muslimah yang sebaiknya.
               
               
***bersambung***

No comments: