About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Wednesday, December 1, 2010

amalan terpuji buat yang beriman

rasulullah s.a.w bersabda :
"barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat hendaklah ia mengucapkan kata- kata yang baik atau lebih baik diam. barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menghormati tetangganya. barangsiapa yang beriman dengan allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamu."
                                                                                                                 (HR. bukhari dan muslim)

hadis ini menerangkan bahawa terdapat 3 macam akhlak terpuji yang biasa dilakukan oleh golongan yang beriman iaitu :
  • SELALU BERKATA BAIK
"diam adalah emas, berbicara adalah perak" maksudnya adalah ucapan atau perkataan yang tidak berfaedah adalah seperti perak berbanding sifat diam yang dianggap seperti emas kerana ucapan yang tidak berfaedah biasanya membawa kepada bermacam masalah dikalangan masyarakat seperti menyakiti hati orang lain dan timbulnya pergaduhan. berikut adalah peringatan yang menyeru kepada sentiasa menjaga tutur kata :

'ucapkanlah kata- kata yang baik terhadap manusia' surah al baqarah : 83

'berbicaralah terhadap mereka dengan perkataan yang baik' surah an nisa : 5

'hai, orang - orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada allah dan ucapkanlah perkataan yang benar'   surah al ahzab : 70

mengungkapkan kata- kata yang baik tidak terhad kepada sahabat handai mahupun kaum kerabat sahaja. sebaliknya juga boleh diungkapkan kepada musuh, lawan atau golongan yang membangkang. hal ini dapat disokong melalui firman allah :

"berbicaralah kamu berdua ( musa dan harun) kepada(firaun) dengan kata yang lemah lembut, mudah- mudahan dia ingat (sedar) dan takut" surah thaha : 44

dalam hadis turut mengatakan betapa pentingnya fungsi lidah dalam perhubungannya dengan kemurnian iman. rasulullah s.a.w bersabda :

"tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara)"                                                                       (HR. ahmad)

disini dapat disimpulkan bahawa ada 3 perkara yang harus dijauhi dalam berbicara kerana perkara itu akan menjadikan allah murka dan paling dibenci oleh manusi :
  1. berdusta, mengumpat dan membuat fitnah
  2. mengeluarkan kata- kata tidak berfaedah
  3. mengeluarkan kata- kata kasar terutama kepada golongan yang lebih berusia

  • MENGHORMATI TETANGGA
dalam kehidupan berjiran, tetangga yang baik adalah  selalu mengucapkan selamat serta turut bergembira apabila kita mendapat nikmat dan selalu menghiburkan tatkala kita ditimpa musibah. selain itu, sentiasa memberikan pertolongan baik dalam bentuk fikiran, harta benda mahupun tenaga dan sebagainya. kepentingan membina hubungan yang baik sesama tetangga dapat dilihat melalui firman allah :
"berbuatlah baik terhadap ibu bapa, kaum kerabat, anak- anak yatim, orang- orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh."  surah an nisa : 36

rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan kita supaya menyelidik dan memilih tetangga terlebih dahulu sebelum memilih tempat tinggal atau mendirikan rumah seperti sabda baginda :
" sahabat yang paling baik disisi allah ialah orang- orang yang paling baik terhadap sahabatnya. tetangga yang baik disisi allah ialah orang- orang yang paling baik terhadap sahabatnya. tetangga yang baik disisi allah ialah orang- orang yang paling baik terhadap tetangganya"                                                     (HR. tarmizi)

wahai ukhti muslimah! pernah pada suatu ketika diterangkan kepada rasulullah tentang seorang wanita solehah yang sentiasa taat mengerjakan solat, berpuasa, suka bersedekah dan melakukan perbuatan kebajikan yang lainnya tetapi wanita itu selalu menyakiti tetangganya dengan perbuatan dan ucapannya, bagaimanakah nanti keadaan wanita itu di akhirat kelak? rasulullah s.a.w menjawab : dia masuk neraka. kemudian para sahabat bertanya lagi tentang seorang wanita yang tidak begitu taat beribadah, baik mengerjakan solat, puasa dan lain- lain tetapi dia selalu bersedekah susu kambing kepada tetangganya maka rasulullah menjawab : wanita itu akan masuk syurga.
                                                                                                                           (HR. ahmad)

  • MEMULIAKAN TAMU
amalan memuliakan tamu yang bertandang ke rumah kita amatlah dianjurkan oleh agama. bahkan menurut syara', melayan tamu selama 3 hari hukumnya adalah wajib, jika lebih dari 3 hari adalah sedekah yang sangat dianjurkan. amalan memuliakan tamu ini dapat dilihat melalui kisah nabi ibrahim yang didatangi tetamu yang tidak kenalinya pada suatu malam namun nabi ibrahim tetap menyediakan daging bakar sebagai hidangan untuk tetamunya itu yang sebenarnya adalah malaikat yang datang menyerupai manusia untuk membawa khabar gembira buat nabi ibrahim iaitu isteri nabi ibrahim, siti sara akan melahirkan seorang putera yang diberi nama ishak. semasa menerima kedatangan tamu, janganlah kita memberikan layanan berdasarkan pangkat mahupun kedudukan tamu tapi layanilah tamu dengan sebaiknya secara sama rata.



4 comments:

Al Faqiir said...

Nice posting. Jazaaki Allah

mariyah al-qibtiyya said...

LFH~~thanx my friend..hanya sekadar perkongsian ilmu utk kita semua insyaallah

Anonymous said...

Blog keren dan informatif
Salam kenal dari blogger Lombok Utara
Di tunggu kunjgan baliknya

mariyah al-qibtiyya said...

lombokguide~~sama2..salam ukhwah dari malaysia