Assalamualaikum wbt..
Di sini, saya ingin berkongsi tips perkahwinan yang saya baca melalui forum saffmuslim. Terima kasih kepada adik Khazinatul Asrar yang post tips ni. Moga bermanfaat buat kita semua insyaAllah. Ini adalah beberapa tips yang diberikan oleh ustaz Azhar Idrus.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan
sumber: http://forum.saffmuslim.com/
4 perkara yang boleh mengundang kesengsaraan hidup iaitu jiran tetangga yang jahat, anak yang jahat, perempuan yang jahat dan rumah yang sempit- saidina ali KWH
About Me
- mariyah al-qibtiyya
- ~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~
Sunday, July 17, 2011
Friday, July 15, 2011
WANITA~~antara keindahan dan keburukanmu!
Assalamualaikum wbt..
Sementara mempunyai kelapangan, baiklah kiranya saya menambahkan lagi isi kandungan di dalam blog ni. Sementara ada kesempatan, kita tak tahu bila lagi peluang nak datang, jadi manfaatkanlah masa lapang dengan sebaiknya. Ingat, gunakan masa lapangmu sebelum tiba waktu sibukmu. Memandangkan blog saya ini lebih kepada kewanitaan, maka saya ingin menulis tentang kesilapan- kesilapan yang sering kita lakukan di luar sana sama ada sedar atau tidak.
Pada hari ini, ledakan fesyen semakin kuat. Tidak ketinggalan fesyen bertudung semakin mendapat tempat dihati para muslimah. Itu baik kerana semakin ramai yang ingin bertudung. Namun yang tidak baiknya ialah tudung yang dipakai adalah tidak sesuai untuk keperibadian muslimah. Kenapa saya katakan tidak sesuai? Rata- rata tudung yang dijual pada hari ini diperbuat dari kain yang melekat pada tubuh, pendek sehingga menampakkan bahagian dada, dan terlalu nipis sehingga menzahirkan aurat. Lebih- lebih lagi trend pada hari ini, muslimah kita begitu gemar menampakkan sanggul sehinggakan ada yang sanggup membeli sanggul palsu untuk diperlihatkan ketika memakai tudung. Ada juga yang memakai tudung tapi aurat seperti tangan, bahagian dada dan punggung dibiar terdedah. Aurat wanita itu tidak terhad kepada rambut sahaja bahkan seluruh tubuh badan melainkan tapak tangan dan wajah.
Pergaulan kita semakin luas atas faktor desakan kerjaya dan menuntut ilmu. Tidak salah untuk bergaul dengan berlainan gender. Kita juga akhirnya nanti akan menamatkan zaman bujang dengan menghabiskan sisa kehidupan bersama insan berlainan gender kerana setiap yang diciptakanNya mempunyai pasangan masing- masing. Namun yang menjadi kesalahan apabila pergaulan itu tidak dibatasi dengan ajaran agama. Wanita itu dianugerahkan perasaan malu sehingga rasa malu ini mampu menjadi benteng kepada kemaksiatan dan memelihara martabat wanita. Jika rasa malu ini disemat dalam kehidupan seharian, siapa pun orang- orang disekitar kita mampu mempertahankan hak kita sebagai wanita. Ingatlah wahai wanita sayang, kaum adam itu telah diciptakan dengan keinginan syahwat terhadap wanita. Justeru berhati- hati semasa bergaul dengan mereka kerana suara, gelak tawa, gerak langkah, kemanjaan kita akan menjadi tarikan yang begitu kuat buat mereka.
Islam itu indah dan tak pernah menyusahkan kita dalam mengikuti suruhanNya. Dari segi pakaian, tidak semestinya kita sebagai muslimah tidak boleh berfesyen mengikut peredaran zaman. Cuma kita perlu bijak memilih jenis pakaian yang macam mana untuk menutup keindahan yang Allah kurniakan. Pakaian yang dipakai janganlah dari fabrik ketat, nipis, singkat dan warna mahupun perhiasan yang melampau. Cukuplah sekadar bersederhana mengikut syariat. Sebenarnya tujuan pakaian yang menutup aurat adalah untuk keselamatan kita sebagai seorang wanita selain perbezaan antara muslimah dan non muslim. Tambahan pula, lewat akhir ini pelbagai kejadian buruk yang menimpa kaum wanita. Kita semakin terdedah kepada bahaya dan cara selamat adalah dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian agar tidak menarik nafsu kaum lelaki tatkala memandang kita sebaliknya biarlah semakin bercambah keimanannya terhadap yang maha pengasih.
Sedarlah wahai muslimah tersayang, syaitan pernah bersumpah tidak akan pernah putus asa untuk menyesatkan anak adam. Antara rencana jahat syaitan laknatullah itu ialah menjadikan kita, para wanita sebagai anak panah yang tepat mengenai sasarannya iaitu kaum adam. Keindahan dan kecantikan kita ini mampu melebur hancurkan keimanan para lelaki, namun sebaiknya biarlah kelebihan kurniaanNya ini tidak didedahkan selain yang hak untuk kesejahteraan iman bersama. Moga coretan sejenak saya ini memberi manfaat buat kita semua insyaAllah.
Thursday, July 14, 2011
Siapa pemilik cintamu?
Assalamualaikum wbt..
Sekali tangan melakar coretan di dada blog, terus- menerus idea mengalir dari minda. Agaknya penangan dah terlalu lama tak updated blog ni. Apa- apa pun, moga apa yang saya kongsikan di sini mampu memberi pedoman dan pelajaran buat diri kita semua insyaAllah. Imu jika disebarkan makin berkembang dan terus berkembang tapi jika dibiarkan terkurung diminda, tiada gunanya dan ditakuti hilang bersama penyakit lupa. Baiklah, kali ini saya ingin menyentuh topik jodoh. Siapa jodoh kita? Bagaimana menarik minat jodoh? Kenapa kita masih belum bertemu jodoh? Mari kita sama- sama perhalusi.
Apabila usia meningkat dewasa, selain aspek ekonomi menjadi tumpuan, jodoh begitu juga. Topik jodoh ini adakalanya terlalu sensitif untuk disentuh bagi sesetengah saudara kita yang masih belum bertemu jodoh sesuai. Ada juga yang sanggup melakukan bermacam cara untuk mendapatkan jodoh. Sebenarnya, jodoh kita semua telah ditetapkan namun cepat atau lambat itu adalah ketentuan Allah swt. Jadi, jangan terlalu risau sekiranya jodoh yang anda nanti- nantikan belum kunjung tiba. Ada yang mengatakan jodoh kita itu ada disekitar kita dan bila- bila masa sahaja Allah swt akan tunjukkan. Oleh itu, sentiasalah bersiap sedia untuk menemui si dia yang halal buat kita.
Menarik jodoh dekat dengan kita, tidak semestinya menonjolkan diri dengan perhiasan yang melampau- lampau. Cukuplah perhiasan yang seadanya kerana ditakuti jika kita terlalu berhias akan menarik niat tidak baik di hati kaum adam yang melihat. Kejadian kita sebagai wanita itu terlalu indah! Maka, jangan jadikan keindahan kita itu fitnah kerana buruk akibatnya. Kata orang, jika kita menginginkan jodoh yang beriman, sempurna dan baik budi, kita kenalah persiapkan diri dengan seadanya. Apa persiapan perlu dibuat? Kita kenalah perbaiki kualiti diri, persiapkan ilmu didada sehingga menjadi seorang yang teguh imannya, sempurna diri dan baik budi pekerti. Kita seharusnya tanamkan dalam hati, jika kita menginginkan pendamping yang sempurna, kita juga kenalah sempurna malah lebih sempurna untuk digandingkan dengannya.
Para sahabat sekalian, jika kita belum menemui jodoh, jangan sesekali berasa gundah dan tertekan. Sebaliknya kita hendaklah bersabar dengan ketentuanNya kerana untuk mendapatkan jodoh yang terbaik, pasti Allah swt ingin menguji kita. Jika tiada ujian untuk mendapatkan sesuatu, sudah pasti kita tidak akan merasai nikmat kasih sayangNya dan paling ditakuti jika kita kufur nikmat. Jangan semat dalam hati, kita tak berjodoh tapi sentiasalah simpan kukuh dihati, kita mempunyai jodoh tetapi belum tiba masanya untuk dipertemukan. Perhalusi dahulu siapa sebenarnya kita. Cuba lihat, adakah kita ini sesuai untuk dijadikan pendamping atau suri buat mereka yang beriman? Jika sudah menemui jawapan, segeralah perbaiki apa yang kurang, segeralah tingkatkan apa jua kelebihan dan segeralah muhasabah apa yang tersembunyi. InsyaAllah moga Allah swt pertemukan kita dengan pemilik tulang rusuk kiri ini.
sahabat..teman!
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah syukur nikmat dipanjatkan kepada yang maha esa. Syukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara pada hari ini. Syukur kerana kita berpeluang untuk perbaiki kekurangan dan kekhilafan semalam. Hari ini, saya ingin menyentuh tentang persahabatan. Siapa sahabat? Adakah orang- orang disekeling kita boleh dianggap sahabat? Apakah pula makna ikatan persahabatan? Mari kita kupas bersama.
Sahabat, teman, kawan - semuanya membawa makna orang yang kita kenali dan senang berkongsi suka duka bersamanya. Apabila kita mempunyai sahabat, secara tak langsung terjalinnya ikatan persahabatan sehingga mencipta kenangan dalam kehidupan. Maaf jika takrifan saya ini kurang bertepatan kerana ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang yang mempunyai sahabat di luar sana.
Tahukah kalian, dalam masa 2 minggu kita mampu mengenal siapa yang disekeliling kita. Oleh itu, kita semua pasti sudah arif dan kenal siapa sahabat kita bukan? Dalam masa perkenalan, bermacam kebaikan dan keburukan dirinya yang kita tahu. Janganlah disebabkan kekurangan sahabat- sahabat kita dengan mudah kita membenci mereka. Itu tidak betul! Jika terdapat sikap yang kurang menyenangkan kita, apa salahnya menegur sikapnya itu dengan berhemah agar hatinya tak terguris. Jangan menghukum dengan menjauhi mereka atau memulaukannya. Bukankah memutuskan silaturrahmi itu dosa? Bahkan berdosa hukumnya jika selama 3 hari kita tidak saling menegur.
Buat para sahabat di luar sana, jangan lakukan kesilapan dengan mudah memutuskan ikatan persahabatan yang terjalin. Itu satu kerugian sebenarnya kerana jika memutuskan ikatan antara sahabat, tidak mustahil suatu hari nanti sahabat- sahabat kita akan meninggalkan kita. Sepatutnya kita menanamkan niat di hati kerana siapa kita ingin bersahabat? Kerana Allah swt bukan kerana kebendaan atau keduniaan. Jika kerana kebendaan atau kedunian, ikatan yang terjalin pasti akan terlerai sekiranya kebendaan atau keduniaan itu hilang bersama peredaran zaman. Namun jika kerana kasihNya, persahabatan itu akan terus mekar kerana Dia maha esa, tidak mati dan tidak dimatikan. Mari bersahabat dan jika ditakdirkan berpisah biarlah keranaNya jua. Moga kita sentiasa mendapat manfaat.
Tiada Tuhan?!
Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.
“Saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“Oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan. Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada"
Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor. Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.
“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”
“Eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?” balas tukang gunting rambut.
“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.
“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.
“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang."
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.
~Semoga ada manfaatnya dari cerita di atas~
“Saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“Oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan. Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada"
Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor. Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.
“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”
“Eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?” balas tukang gunting rambut.
“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.
“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.
“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang."
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.
~Semoga ada manfaatnya dari cerita di atas~
Demimu Palestine
bumimu hilang kehijauannya
lautan darah berombak keras
jeritan senjata membunuh keamanan
nyawa sudah tiada nilainya lagi
di tengah keganasan zionis
tangisan si kecil sentiasa bergema
berselang seli ketakutan wanita
namun dalam payah mujahidmu teguh
apa rahsia di balik bumimu
adakah kebencian merajai
adakah ketamakan dalang utama
adakah kejahatan menguasai
dalam jendela dunia terpapar kisahmu
walau ada dongeng tersiar tersebar
aku tahu untuk apa perjuangan ini
semuanya demi palestine
lautan darah berombak keras
jeritan senjata membunuh keamanan
nyawa sudah tiada nilainya lagi
di tengah keganasan zionis
tangisan si kecil sentiasa bergema
berselang seli ketakutan wanita
namun dalam payah mujahidmu teguh
apa rahsia di balik bumimu
adakah kebencian merajai
adakah ketamakan dalang utama
adakah kejahatan menguasai
dalam jendela dunia terpapar kisahmu
walau ada dongeng tersiar tersebar
aku tahu untuk apa perjuangan ini
semuanya demi palestine
misbah mohd shasan, 14 Julai 2011
SYAABAN : apa istimewanya?
assalamualaikum wbt..
Terlalu lama rasanya tidak update blog ni. Dikesempatan ini, saya ingin menyentuh tentang bulan syaaban kerana kita masih berada di hujung syaaban yang akan membawa kita ke bulan ramadhan. sesungguhnya bulan rejab itu adalah bulan Allah swt, bulan syaaban adalah bulan nabi muhammad saw dan bulan ramadhan adalah bulan umat islam seluruhnya. Namun, bulan syaaban seringkali dilupakan berbanding bulan rejab dan ramadhan. mungkin kerana ada dikalangan kita yang mula sibuk untuk persiapan menghadapi bulan ramadhan dan tak kurang juga bulan syawal.
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)
Merujuk kepada hadis di atas, sedar atau tak sedar, bulan syaaban adalah bulan yang penting kerana segala amal ibadah kita diangkat kepada Allah swt untuk diberikan ganjaran. Jika di dunia, kita sering kali menggelabah apabila jawapan- jawapan semasa peperiksaan sedang disemak oleh guru, ketika itu dengan sedaya- upaya kita memujuk guru untuk memberikan markah yang cemerlang. Namun, pernahkah kita memikirkan tahap manakah Allah swt berikan kita markah atau darjat disisiNYA?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Antara keistimewaan yang ada di bulan syaaban adalah malam nisfu syaaban iaitu pada 15 syaaban. Pada malam nisfu syaaban disunatkan melakukan ibadah- ibadah sunat untuk mengharap redha dan keampunan Allah swt.Malam nisfu syaaban adalah antara hari yang dimakbulkan doa hamba- hambaNYA yang berdoa.
Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Ramai dikalangan kita akan mengimarahkan malam nisfu syaaban dengan datang ke masjid- masjid untuk Qiyamullail dan ada juga yang melakukan secara sendirian. Pembacaan surah yassin turut dilakukan dan ada yang melakukan pembacaan sebanyak 3 kali dengan niat pada bacaan pertama memohon usia dipanjangkan agar terus taat dengan perintahNYA, niat pada bacaan kedua memohon keluasan rezeki dan niat pada bacaan terakhir memohon disempurnakan iman.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa juga sembahyang ia akan lakukan secara berterusan.” (Hadis riwayat Bukhari)
Mudah- mudahan dengan sedikit perkongsian dari saya ini dapat menyuntik jiwa kalian untuk mengimarahkan malam nisfu syaaban dengan amalan sunat dan insyaAllah biarlah amalan sunat itu kita teruskan di hari- hari biasa. Sentiasalah merebut ganjaran yang dijanjikanNYA melalui amalan sunat disamping amalan wajib kerana selain mendapat kasih sayangNYA, diharap penggarapan ibadah sunat mampu menutup lompang- lompang dalam ibadah wajib kita semua, insyaALLAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)