About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Sunday, July 24, 2011

Tunjukkan aku jalanMu

assalamualaikum wbt..

Hari ini saya nak kongsikan cerpen yang saya hasilkan. moga ada pengajaran buat kita semua InsyaAllah. selamat membaca ya :)

******

“Isn’t you, Mariyah?”
Matanya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kagum, bermimpi..semuanya berlegar diminda lelakinya. Namun Mariyah hanya tersenyum tenang. Setenang wajahnya kala itu.
“I want to change. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan ke arah itu,” kata Mariyah perlahan tapi penuh rasa keinsafan.
“Alhamdulillah. You’re great, Mariyah! Aku..teruja, gembira lihat perubahan kau sekarang,” balas Shafi’e dengan senyuman yang cukup menggambarkan betapa gembira hatinya melihat perubahan Mariyah.
Matanya masih menatap keindahan yang melingkari diri Mariyah. Dahulu dia mengenali Mariyah dengan rambut lurus separas bahu yang sentiasa elegan dengan pelbagai jenis pakaian kasual. Gadis tinggi lampai itu sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Namun kini, rambut lurusnya itu terselindung dibalik tudung. Dia hampir tidak mengenali Mariyah dengan busana muslimah yang kelihatan amat padan dengannya.
                ‘Moga jalanmu dipermudahkan selalu, Mariyah,’ doanya dalam hati tatkala perpisahan terjadi diantara mereka.
                Dia menghantar pemergian Mariyah dengan pandangan penuh syukur. Apabila Mariyah hilang di dalam bangunan konkrit itu, barulah dia mengatur langkah menghampiri kenderaannya yang tersadar di kotak parking.
******
Hatinya sedikit terganggu dengan kuntuman bunga di meja. Setiap hari ada saja bunga yang diletakkan di meja kerjanya itu. Tanpa melihat kad, dia sudah tahu siapa penghantarnya. Dengan malas, dia menarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya.
                “Wow, roses!” Zurina mengambil bunga yang hanya menjadi santapan matanya dari tadi. Bibirnya menguntum senyum kelat.
                “Ambillah! Aku bagi free kat kau”
                “Betul ke ni?”
                Zurina seakan teragak- agak menerima pelawaan Mariyah. Walaupun keinginannya menebal tapi cuba dikawal. Kuntuman bunga yang dihias indah itu diletakkannya kembali ke meja.
                “Ambillah. Aku tak nak pun bunga ni”
                Setelah dipujuk akhirnya kuntuman bunga itu dibawa pergi. Mariyah menarik nafas lega. Seakan kuntuman bunga itu menyekat nafasnya di kerongkongan. Ketenangannya terganggu dengan bunyi yang muncul dari handphone miliknya.
From: Adli
Salam dear! Got the flowers? Hope u like it. Miss u damn much.
Kiriman sms dari jejaka bernama Adli itu menambahkan rasa kurang selesanya. Adli terlalu mendesaknya untuk menerima cinta lelaki itu. Saban hari, ada saja kiriman bunga mahupun buah tangan dari Adli. Handphonenya juga tidak henti- henti menerima kiriman rasa rindu, cinta melalui sms dan adakalanya Adli menelefonnya namun jarang sekali dia mengangkat panggilan daripada Adli.
******
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
                “Begitulah isi tazkirah pada hari ini. Mudah- mudahan apa yang kita kongsikan pada hari ini dapat membantu kita semua untuk memahami konsep sebenar taubat dalam islam, insyaAllah!”
                Mariyah masih tidak lepas memandang ustazah Fatimah. Walaupun tazkirah pada hari tu telah berakhir, hatinya masih lagi kosong – seakan ilmu yang diberi masih tidak mencukupi kedahagaan jiwanya.
                “Assalamualaikum” ustazah Fatimah mengejutkannya dari lamunan. Mariyah terpinga sebentar. Baru dia sedar hanya dia berada di ruang solat surau itu.
                “Waalaikumsalam” disambutnya huluran salam ustazah Fatimah dengan senyuman dibibir. Ustazah Fatimah terus mengambil tempat disisinya.
                “Apa khabar Mariyah? Lama tak borak. Mariyah sibuk ke? Selalunya tiap- tiap minggu, hadir majlis tazkirah” ustazah Fatimah mengasaknya dengan soalan seperti yang dijangkanya.
                “Banyak kerja, ustazah! Ni pun saya gagahkan juga ke sini. Dah lama benar tak dengar ceramah ustazah. Jadi rindu pula” jawapan Mariyah mengundang tawa ustazah Fatimah. Tangan Mariyah digenggam lembut.
                “Bila Mariyah free?”
                “Kenapa..ustazah nak belanja makan ke?”
                “Ada orang nak belanja makan”
                Mata bundar Mariyah menujah wajah bersih ustazah Fatimah. Cuba mentafsir makna tersirat dari pelawaan itu. Ustazah Fatimah tersenyum lembut. Dia tahu persoalan yang melingkar di minda Mariyah.
                “Saya nak kenalkan Mariyah dengan seorang yang baik. Mudah- mudahan jodoh antara kalian telah tersurat, bolehlah beribadah atas nama pernikahan,” kata ustazah Fatimah sambil mengusap lembut tangan Mariyah. Wanita yang baru dikenalinya itu amat baik pada pandangannya. Walaupun Mariyah telah menceritakan peristiwa silamnya, namun baginya itu semua bukan kayu pengukur untuk sebuah ukhwah.
                “Saya ni layakkah, ustazah?,” tanya Mariyah perlahan. Wajahnya tertunduk memandang permaidani yang terhampar di lantai surau. Dia menghela nafas panjang.
                “Semua manusia itu sama saja disisiNya. Hanya ketakwaan yang membezakan darjat disisiNya, Mariyah. Dia baik, beragama..saya rasa amat sesuai buat Mariyah,” pujuk ustazah Fatimah yang tidak putus asa memberinya semangat sejak dahulu lagi.
                Mariyah mengukir senyum tapi kelihatan tidak seindah dahulu. Ada kegundahan terlahir di sanubarinya. Namun terlalu sukar untuk diluahkan. Kesungguhan ustazah Fatimah mematikan niatnya untuk menolak pelawaan itu. Terlalu banyak jasa ustazah Fatimah dalam usahanya untuk menjadi seorang muslimah yang sebaiknya.
               
               
***bersambung***

Thursday, July 21, 2011

Salam jumaat

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah~alhamdulillah kita berada di penghulu segala hari. Moga amalan kita pada hari sebelumnya adalah yang terbaik kita pernah lakukan. Dari kita sibuk memikirkan pandangan orang lain terhadap diri kita, adalah lebih baik kita memikirkan apa yang perlu kita lakukan untuk menambahkan amalan kebajikan. Dari kita sibuk memperkatakan kesilapan orang lain, adalah lebih baik kita mencari kesilapan yang mungkin kita tak terpandang. Dari kita sibuk mendengar cerita- cerita dusta, adalah lebih baik kita cuba memahami dan menyelami apa yang terkandung dalam kitab al-quran. Marilah kita tanamkan azam dihati untuk jadi yang terbaik jika tak mampu untuk orang sekitar, sekurang- kurangnya kita terbaik untuk diri sendiri. Moga Allah swt merahmati apa yang saya tulis ini kerana yang baik semuanya dariNya dan yang buruk adalah kesilapan saya sebagai seorang manusia biasa.

Tuesday, July 19, 2011

Maafkan aku duhai suami

 
Kadang-kadang aku rasa
akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu… Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku… kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita… Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini… Maafkan aku wahai suami!
 
p/s~~sekadar teguran buat para isteri yang kadang kala terleka kerana penulis bukanlah dikalangan isteri :)

syukur vs lupa diri

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur nikmat kehidupan anugerah ilahi. Pagi ni jumpa video In-team 'sutera kasih'. Teringat pula zaman muda- muda dulu. Minat terhadap kumpulan In-team ni aku kongsi bersama dengan seorang kawan karib, syhamshamira mohammad. Dia ni pernah surprisekan aku dengan menghadiahkan aku kaset In-team yang baru keluar. Dia beli guna duit biasiswa, Allah terharu rasanya! Tapi kerana sikap aku yang cepat terasa waktu tu, aku semakin menjauhinya dan aku mula merenggangkan diri darinya walaupun dia cuba mendekatiku. Silap aku! Aku cemburu dia rapat dengan salah seorang kawan sekelas. Ke mana saja mereka berdua dan aku ditinggalkan. Mana aku tak sedih tapi aku tak pernah beritahu dia kenapa aku menjauh darinya. Lebih sakit apabila kawan baru dia tu siap letak gambar dorang berdua dalam frame dan tulis 'best friend forever'- aku pun terfikir aku ni tak cukup baik untuk dia kot! haishhh cukup dah lah mengimbas kenangan lalu. Moral of the story, korang kat luar sana jangan cepat terasa seperti aku, akibatnya dah hilang seorang sahabat yang banyak kongsi suka duka dengan kita. Nak tahu, semua benda yang kami suka adalah sama dan minat lelaki yang sama ahahahahaa kenangan lepas!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur" surah al mulk ayat 23
Syukur..syukur! Perkataan itu terlalu susah untuk dizahirkan dikalangan kita. Sedangkan segala kebaikan dan keuntungan adalah datang dariNya. Sewaktu kita dilanda kesusahan, padaNya kita memohon agar dipermudahkan, agar segera diakhiri kesusahan yang melanda. Tapi jika semua kesusahan berakhir, apa yang kita lakukan? Kita mesti berkata 'nasib baik aku camni..camni..camni..' 'nasiblah si dia tu tolong aku bla..bla..bla..' Lihat apa yang kita lakukan! Jarang sekali kita mengucapkan rasa kesyukuran padaNya apatah lagi melakukan sujud syukur. Lebih menyedihkan apabila kita terus leka dengan kegembiraan sehingga melupakanNya seakan- akan keseronokan itu akan kekal untuk selamanya. Jangan begitu kerana ditakuti apabila malapeta kembali mendatangi kita, kasihNya sudah tiada buat kita. Allahu Akhbar aku berserah padaMu!

Monday, July 18, 2011

coretan buat para isteri


(1)
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
( ulang 1 )
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan



( ulang 1 )
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah hari yang indah bersama nikmat kehidupan anugerah maha penyayang. Sebentar tadi saya menerima email dari seorang sahabat dan ada lampiran lagu isteri cerdik yang solehah. Menarik lirik dalam lagu ni kerana penuh makna dan pengajaran untuk para muslimah.
Menjadi seorang isteri memang mudah tapi untuk menjadi solehah ramai yang tak mampu. Kita bukan sekadar pada gelaran sebagai isteri tapi biarlah membawa makna buat suami. Apabila suami menghadapi masalah, sebaiknya jadilah penghibur buatnya. Jangan hanya waktu gembira sahaja suami disayangi. Dalam erti kata lain, jadilah isteri dan sahabat terbaik buat suami agar kita semakin mengenali siapa suami dan menyayanginya hari demi hari.



"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sunday, July 17, 2011

Lumrah manusia

lumrah manusia
buruk sentiasa dilihat pada sisi salah
dipersalahkan, mempersalah, menyalahkan
seolah- olah tiada kebaikan terselindung
jika buruk itu hodoh
jika busuk itu kotor
bagaimana mungkin keindahan kekal indah
bagaimana mungkin bauan kekal mewangi

lumrah manusia
baik sentiasa dikata dipersenda
ditokok, si penokok
di mana saja ia berada
salahkah memilih jalan lurus
dosakah kembali ke pangkal jalan
bagaimana mungkin  taubat ada petaka
bagaimana mungkin hidayah ada selumbar

lumrah manusia
buruk dihina sehinanya
baik dikata sesukanya
apa mungkin mulut manusia tertutup
moga kasihNYA bersamaku
kerana jalan ku pilih penuh berduri
tapi penghujung ada bahagia menanti..itu ku pasti

misbah mohd shasan/ 18 julai 2011

Tips Perkahwinan dari ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum wbt..

Di sini, saya ingin berkongsi tips perkahwinan yang saya baca melalui forum saffmuslim. Terima kasih kepada adik Khazinatul Asrar yang post tips ni. Moga bermanfaat buat kita semua insyaAllah. Ini adalah beberapa tips yang diberikan oleh ustaz Azhar Idrus.

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan

sumber: http://forum.saffmuslim.com/