About Me

My photo
~jangan hanya mencari kesalahan yang ada kerana sebanyak mana kesalahan yang kita cari sebanyak itu yang akan kita terima, terimalah seadanya..pasti ada hikmah disebaliknya by mariyah al qibtiyya~

Wednesday, October 27, 2010

tips untuk mendapat jodoh

kali ini aku ingin berkongsi sedikit tips yang aku rasa lebih dekat dengan hati kita iaitu tips untuk mendapat jodoh. nak dikatakan aku pakar dalam bab ni, aku rasa amatlah jauh sekali tapi tips ini aku terbaca dari blog seorang hamba allah. aku sedikit teruja membaca tips yang dia berikan kerana rata- rata adalah perkara seharian yang biasa kita lakukan namun kita dan aku sendiri tidak mengetahui fadhilat disebalik rutin tersebut. jadi marilah kita sama- sama membacanya, khas buat sahabat diluar sana yang masih sendiri seperti aku :
  • membaca surah yassin setiap malam - sesiapa yang membaca surah yassin akan mendapat 10 keberkatan. antara keberkatan itu adalah sesiapa yang belum menemui jodoh akan dipertemukan jodoh. oleh itu, bacalah surah yassin setiap malam dan berdoa agar allah mempercepatkan jodoh dan menemui jodoh yang diredhai allah.
  • membaca surah al-fatihah berulang kali - dengan membaca surah al- fatihah berulang kali dan berniat untuk mendapatkan jodoh juga mampu mempercepatkan jodoh.
  • solat hajat 3 hari berturut - turut - lakukan amalan ini dengan penuh khusyuk dan pengharapan hanya pada allah sahaja. adukan apa saja yang membelenggu diri, insyaallah allah akan permudahkan.
  • berdoa untuk mendapatkan jodoh disetiap solat 5 waktu
  • bangun untuk melakukan solat tahajjud dengan mulakan solat taubat kemudian solat tahajjud.




selamat menemui jodoh yang diredhai allah swt..insyaallah


Tuesday, October 26, 2010

wasiat seorang ibu

ketika auf bin muhallim asy-syaibany hendak menikahkan puterinya, maka isterinya telah masuk ke bilik puterinya untuk memberi wasiat lalu berkata," wahai puteriku, sesungguhnya wasiat yang akan aku berikan ini hanyalah untuk memberi pertolongan bagi yang berfikir. wahai puteriku, ketahuilah bahawa sesungguhnya kaum wanita diciptakan untuk kaum lelaki sebagaimana kaum lelaki diciptakan untuk kaum wanita." wasiat yang diberikan itu adalah seperti berikut :

  • bergaul dengan qana'ah (rasa puas) dan mendengar dengan patuh setiap arahan suami kerana sifat qanaah akan menimbulkan ketenangan dalam hati sementara mendengar dengan patuh akan mendatangkan keredhaan allah.
  • perhatikan daerah hidung dan mata suami iaitu jangan sampai mata suami melihat keburukan melainkan yang baik- baik sahaja dan jangan sampai hidung suami mencium sesuatu yang kurang enak darimu melainkan yang wangi- wangi sahaja.
  • perhatikan makan dan tidur suami kerana sesungguhnya perasaan lapar akan menimbulkan api kemarahan suami, begitu juga dengan kesulitan untuk tidur.
  • mengatur perbelanjaan dan menjaga harta suami.
  • jangan sesekali membuka rahsia dan membantah perintah suami kerana jika engkau membuka rahsia suami, maka engkau tidak akan bahagia dengan pengkhianatannya kelak. jika engkau membantah perintah suami akan membangkitkan kemarahan dan persengketaan sahaja.
  • ketahuilah engkau tidak akan mencapai apa yang engkau inginkan dari suamimu sehingga engkau mendapat redhanya kepadamu, terhadap apa yang engkau sukai atau tidak engkau sukai.
dari ummu salamah, sabda rasulullah s.a.w " seorang wanita yang meninggal, kemudian suaminya redha kepadanya, wanita itu akan masuk syurga."

dari anas bin malik, sabda rasulullah s.a.w " jika seorang wanita melaksanakan solat 5waktu, berpuasa selama sebulan, taat kepada suaminya dan menjaga kemaluannya, wanita itu akan masuk syurga."

nasihat seorang ayah buat puteri- puterinya

dari abu ubaidah, ia berkata : seorang ayah telah menikahkan 4 orang puterinya, maka ia pun mengunjungi puterinya yang pertama lalu bertanya "bagaimana pendapatmu tentang suamimu wahai puteriku?" anaknya menjawab," mudah di bumi yang kering, jika aku meminta dia mudah memberi, jika aku diam dia mulakan bicara tanpa menyakitiku" maka si ayah berkata," wahai puteriku, engkau telah mendapat rezekinya dari nasib baikmu bukan dari usahamu."
                               kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke2 lalu bertanya," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab," dia seorang penindas dan keras kepala,  jauh dari kebaikan juga tidak memiliki cahaya sehingga tidak merasa aman jiran tetangga kerananya" si ayah berkata," dia telah menumpahkan air kotor ke atasmu, maka jadikanlah sabar sebagai tabiatmu hingga kematian menjemputmu."
                                kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke3 lalu berkata," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab,"dia seorang yang terburu- buru dan kejahatannya sukar difahami. dia baik tatkala aku berharta, menjauh disaat susah." si ayah berkata," wahai puteriku, engkau memujinya dan menghinanya dan begitulah kehidupan adakala senang dan adakala susah."
                                kemudian dia mengunjungi puterinya yang ke-4 lalu berkata," bagaimana suamimu?" puterinya menjawab," dia berakhlak mulia dan dihormati oleh sesiapa saja yang mengenalinya." si ayah berkata," wahai puteriku, engkau telah diberi rezeki dengan apa yang dia perbuat, maka berikanlah kasih sayangmu, dan lemah lembutlah padanya dalam sikapmu."



jika kita menginginkan suami yang soleh, seharusnya kita berusaha mempersiapkan diri ke arah itu tapi jika takdir bukan lelaki soleh yang kita temui, bersabarlah kerana pasti ada kebaikannya disebalik kejahatannya


Monday, October 25, 2010

jodoh

serikandiku
lindunglah keindahanmu
jangan dipanah ganasnya duniawi
usah dibiar punah sebelum mekar
takut berjatuhan dedaun syurgawi

perwiraku
tundukkan pandangan kirimu
jangan dibaja serakah syaitan
tuntunlah bunga warisan ke jalan kasihNYA
martabatkan maruah adindamu
setinggi ibunda yang melahirkan

serikandi..perwiraku..
andai waktu itu tiba
syaitan durjana menangis mengongol
pintu mawaddah wa rahmah luas buat kalian
tatkala perwiraku berkata aku terima nikahnya
berbahagialah wahai serikandiku sayang


setiap insan di dunia ini telah ditentukan jodohnya di luh mahfuz. namun semua itu adalah rahsia Allah yang perlu kita selami dengan akal fikiran selain memohon petunjuk dariNYA. oleh itu, sebagai manusia yang berakal janganlah kita sesali setiap ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. pasti ada hikmah disebaliknya. bagi mereka yang sentiasa kecundang dengan cinta, janganlah terlalu berputus harapan kerana pasti suatu hari nanti Allah akan tunjukkan jodoh kita yang sebenar. disini saya ingin berkongsi tentang jenis- jenis jodoh untuk tatapan kita semua :

  1. jodoh kerana syaitan - sepasang kekasih yang menghalalkan yang haram sehingga berlakunya perkahwinan kerana keterlanjuran itu. perkahwinan inilah yang dinamakan jodoh kerana syaitan namun perkahwinan yang berlandaskan nafsu semata hanyalah kekal buat sementara waktu kerana api nafsu itu tidak pernah puas melainkan kita bertaubat kepadaNYA.
  2. jodoh kerana jin - apabila seseorang menggunakan khidmat bomoh melalui kuasa jin untuk menakluki seseorang yang diingininya. perkahwinan yang terjadi ini dinamakan jodoh kerana jin. perlu diingati jodoh ini juga tidak akan kekal lama sekiranya mangsa sedar dari pengaruh ilmu hitam yang digunakan. malah penggunaan ilmu hitam ini juga adalah terpesong dari ajaran agama yang sebenar sehingga boleh menyebabkan syirik.
  3. jodoh kerana Allah - dua orang individu yang bertemu dan melangsungkan perkahwinan semata kerana Allah iaitu ingin menghalalkan yang haram dengan nama sebuah pernikahan. adakalanya jodoh ini tidak mengutamakan percintaan sebelum perkahwinan kerana masa percintaan itu adalah di alam perkahwinan, dimana tiada apa pun yang mengharamkan mereka untuk berkasih sayang..insyaallah


Wednesday, October 20, 2010

kisah dua potong roti


dari abu hamzah ats-tsamaly dan ikrimah, bahawa seorang raja berkata kepada seluruh rakyatnya "sesungguhnya jika aku menemukan seseorang bersedekah dengan suatu sedekah,aku akan memotong kedua tangannya." lalu datang seorang pengemis kepada seorang wanita, pengemis itu berkata "bersedekahlah engkau kepadaku dengan sesuatu". wanita itu menjawab," bagaimana aku mungkin memberimu sedekah sementara raja akan memotong kedua tanganku." pengemis itu pula berkata," bersedekahlah engkau kerana Allah." maka wanita itu bersedekah kepadanya dengan 2 potong roti lalu kejadian itu sampai kepengetahuan raja sehingga menyebabkan raja mengirimkan utusannya untuk memotong tangan wanita itu.
                         kemudian raja berkata pada ibunya, " tunjukilah aku seorang wanita yang cantik untuk aku nikahi." ibunya berkata," sesungguhnya di sini ada wanita cantik yang tidak pernah aku lihat sebelumnya seandainya ia tidak memiliki aib." raja itu bertanya," apakah aibnya?" ibunya menjawab," kedua belah tangannya terpotong." raja berkata," datangkanlah ia kepadaku." lalu ibu raja itu membawa wanita tersebut kepadanya. raja amat mengagumi wanita itu lalu menikahinya.
                         pada suatu hari, raja pergi untuk berperang. dalam peperangan itu ia menulis surat kepada ibunya agar menjaga isterinya dan menasihatinya untuk berbuat baik. namun surat itu belum sempat sampai kepada ibunya, seorang wanita yang lain telah membacanya dan menimbulkan rasa iri hati lalu mengubah surat tersebut yang berbunyi, "perhatikanlah isteriku kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa begitu ramai lelaki mendatanginya dan keluarkanlah ia dari rumah." ibu raja itu membalas surat tersebut, " sesungguhnya engkau telah berdusta dan sesungguhnya wanita ini adalah wanita yang baik dan jujur." maka utusan raja itu membawa surat tersebut kepada raja seperti biasa namun telah melewati wanita yang mengubah surat tersebut lalu sekali lagi mereka mengubah surat itu dengan menulis, " sesungguhnya wanita itu adalah penzina, ia telah melahirkan seorang anak lelaki."
                          setelah raja menerima surat yang telah diubah isinya itu lalu menulis surat kepada ibunya untuk mengikat anaknya itu pada leher isterinya dan pukullah ia pada bahagian tepi tubuhnya dan keluarkanlah ia dari rumah. apabila surat itu sampai, ibunya telah membaca surat itu di hadapan isteri raja itu lalu menghalaunya keluar dari rumah. bayinya itu diikat pada lehernya dan ia pun pergi lalu wanita itu melewati sungai dan berlutut untuk minum kerana terlalu dahaga. sementara bayinya yang terikat pada lehernya termasuk ke dalam sungai dan tenggelam.
                            wanita itu menangis di tepi sungai dan didatangi dua orang lelaki. dia memberitahu bahawa anaknya terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam sedangkan kedua belah tangannya tiada lalu kedua orang lelaki itu berdoa mohon agar tangan wanita itu dikembalikan. apabila Allah memakbulkan doa kedua orang lelaki itu, mereka bertanya kepada wanita itu jika dia mengenali mereka. wanita itu langsung tidak mengenali mereka lalu mereka berkata bahawa mereka adalah dua potong roti yang dia sedekahkan kepada pengemis dahulu..wallahuallam~~


Tuesday, October 19, 2010

hukum mengucapkan salam dari dan kepada wanita

apabila wanita telah keluar dari rumah, tidak boleh baginya mengucapkan dan menjawab salam dari golongan lelaki yang tidak dikenalinya. dia hanya boleh menjawab dari dalam hati salam yang diberikan untuk mengelak sebarang fitnah dan perasaan yang tidak elok muncul dari dalam hati lelaki yang tidak dikenali itu. namun berbeza keadaannya jika kita (wanita ) berada di tempat kerja contohnya. tidak haram bagi kita mengucapkan salam mahupun menjawab salam yang diberikan  oleh teman- teman sejabatan dari kaum lelaki kerana kita saling mengenali antara satu sama lain dan tidak menimbulkan fitnah.
                           dari 'atha al khurasany ia memarfu' kan hadis ini kepada rasulullah s.a.w, baginda bersabda : " tidak ada salam dari kaum wanita dan tidak ada salam kepada kaum wanita", diriwayatkan oleh as- suyuthi dalam al jami'ush shagir.
                           dan telah diriwayatkan dari ahmad bin hambal : bahawa terdapat seorang hamba allah yang taat ibadah lalu seorang wanita bersin dengan mengucapkan al hamdulillah, kemudian lelaki itu membalas dengan dengan ucapan 'yarhamkillahu' maka imam ahmad berkata,"orang taat yang bodoh."
                           berdasarkan peristiwa lampau yang diriwayatkan seperti diatas dapat dilihat bagaimana perhubungan antara lelaki dan wanita itu begitu dijaga sehinggakan sekadar mengucapkan yarhamkillahu untuk wanita yang bersin saja, lelaki yang kuat ibadah itu telah dianggap orang taat yang bodoh. jika dihalusi pada zaman dahulu, sekiranya seorang yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah semasa tiada golongan lelaki di rumahnya ketika itu, wanita itu hanya meletakkan tangannya pada mulut lalu berbicara agar ucapannya tidak menimbulkan fitnah. lihatlah betapa tertibnya dan terjaganya wanita pada zaman itu berbanding wanita kita pada hari ini. mungkin agak kasar jika saya katakan, wanita pada zaman ini walaupun likup bertudung namun batasan suara adakalanya diluar kawalan, begitu bebas bergelak tawa, tidak seperti zaman para nabi dimana begitu sukar sekali kita melihat wajah para wanita bahkan suaranya sekalipun..wallahuallam~

rasaku...

beberapa minit saja lagi waktu balik. di luar hujan, maknanya batallah latihan petang ni. bagus juga, aku seperti takde mood petang ni..entahlah! mungkin aku rasa tak berapa sihat agaknya..dari semalam pening kepala, sakit kepala dan ditambah pula hari ini dengan perut yang tak berapa nak ok. nasiblah kerja tak berapa nak ada hari ini. dahlah lupakan saja tentang semua tu. apa yang pasti balik nanti, aku nak rehat tapi tak pasti kalau aku boleh lena..sedihnya! ini lagi satu penyakit aku tak suka..susah nak tidur! tapi sejak kemarin hingga ke hari ini, masaku sedikit terisi dengan buku- buku ilmiah yang aku pinjam dari library. aku baru saja membaca buku 110 hukum- hukum wanita dari ibnul jauzy. ya allah, ceteknya ilmu yang aku ada bahkan mungkin tiada. aku dah lama sangat tak membaca buku- buku imiah ni, malah novel- novel cinta yang suatu masa dahulu aku sukai semakin susut dari kegemaranku. kenapa ya? adakalanya jika aku bosan dengan jalan cerita yang berjela- jela, aku hanya akan membaca permulaan dan pengakhiran cerita..bosankan?! itulah sebenarnya aku pada hari ini. penuh dengan kebosanan! tidak hairanlah adakalanya kawan- kawan mengatakan aku tidak berperasaan, kelihatan selamba, cool saja walau dalam apa jua keadaan namun sebenarnya meraka tidak mengetahui apa yang sedang berselirat difikiranku. macam- macam permasalahan yang sedang bercambah dalam mindaku. soal diriku, keluargaku, duit dan masa depanku! aduhhh beginilah agaknya fasa dewasa yang penuh dengan pelbagai macam kisah suka duka. adakalanya aku seakan tidak ingin menyedari betapa aku telah jauh meninggalkan fasa remaja yang penuh warna- warni dunia remaja. apa- apa pun, aku berharap apa yang aku hadapi masa kini akan membawa sinar kebahagiaan buatku. semuanya demi keluargaku walaupun suatu masa nanti segala pengorbanan kecilku ini tiada siapa yang menghargainya. biarlah asalkan semuanya bahagia, ya aku ibarat pelita dalam gelap yang membakar diri.